Thursday, October 28, 2010

setahun,,

hari nie setahun sudah berlalu, semenjak kami menggunakan Toyota Rush menggantikan Proton Iswara (Akak). Akak digantikan selepas memberikan 'excellent' service selama 8 tahun (dari 2001) dan membawa kami mengembara keseluruh tanah semenanjung sejauh 175,000 km tanpa memberikan masalah besar (Alhamdulillah)...


 gambar2 terakhir bersama "Akak" sebelum dilepaskan ..



Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H.

Ramadhan bakal meninggal pergi,
1 Syawal disambut gembira;
Kami menyusun sepuluh jari,
Maaf Dzahir dan Batin dipinta.

Sunyi Sepi di Kota raya,
Riuh Rendah dikampung dan desa;
Berhati hati dijalan raya,
pulang kekampung bertemu keluarga.

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Dzahir dan Batin
Mas Adi Ismail
Mazwin Abd Aziz
Adi Hakimi
Adi Azwari.

Sunday, August 15, 2010

14/8/2010 Shah Alam night ride

setelah sekian lama tidak berkayuh malam, akhirnya malam tadi bersama Syahnaz, aku joint geng2 KayuhBeb dan Rotor-X berkayuh malam dibandar Shah Alam. Kayuhan dijadualkan bermula dari Dataran Shah Alam @ 10.30 malam, tapi ditangguhkan sehingga 11.30 malam dan 12.oo malam (dua batch) disebabkan masalah technical yang dialami oleh geng dari Klang (Rotor-x). Kayuhan SANTAI aka BANTAI jer lah... melalui kawasan perumahan disekitar Shah Alam dan juga kediaman Menteri (Bukit Menteri, Seksyen 7) dimana ketahanan mental diuji sepenuhnya,, bukan ketahana fizikal.. nie dah antara nak teruskan atau tidak mendaki bukit menteri yang mencecah sehingga 60 meter.. FUHHHH. itu jer mampu aku katakan,, TIPAH TERTIPU... TIPAH TERTIPU BANG.... lain kali ikut lagi. minggu depan set kayuhan dgn KayuhBeb di KESAS highway lak..

Sunday, July 18, 2010

Kimi dan Ari,,

Days out.. hari nie lepas aku balik dari Putrajaya, kami bawa Kimi dan Ari keluar. Misi mencari beg Kimi, menggantikan beg sekarang yang dah rabak. Sambil menyelam mencari permainan untuk si Ari yang sekarang dah pandai berebut dengan abangnya Kimi. BEg Kimi terlalu "khusus" untuk budak lelaki 3 tahun... payah betul. Dia pulak dah terlalu minat dengan Beg "Ben 10" dia made in China, sampai payah nak pisahkan.. Nak mencari pengganti punyalah payah.. Cubale tengok sekeliling,, pasaran "barangan" lebih mengkhususkan kepada "perempuan" (budak perempuan). Anak2 lelaki nie payah sikit nak ada pilihannya. Kat Toys 'R' Us tu beg utk budak lelaki tak sesuai saiznya dgn anak aku, tpi kalau beg Barbie tu ade ler. takkan ler aku nak belikan beg Barbi ke anak jantan aku kan. Pening kepala gak mencari, last2 belikan toy saje ;ah.. Kereta, utk si adik dengan si abang sekali..

18 July 2010, Putrajaya Inter-Park Ride.

quick short / fast "EASY" ride at Putrajaya.