Thursday, December 1, 2011

Kimi - Wayang - Taska

Semalam 30 Nov 2011 Kimi dengan kawan kawan Transit di Taska dia telah dibawa oleh pengasuh Taska pergi tengok Wayang di JJ, Bukit TInggi (sudah tentu dengan izin keluarga dan aku yang telam menimbang berkilo kilo tan untuk melepaskan dia pergi mengikut “rombongan” cuti sekolah tu)..

 

Jadi semalam bila aku balik ke rumah @ 10.00 pm, dengar suara dia menjerit kat tingkat atas “Mama.. ayah dah balik”.. kedian tak lama lepas tu dengar suara keceriaan dia ditangga bercerita “Ayah, tadi Kimi pergi tengok wayang certa penguin!!!””” tak sabar2 dia  nak tunggu aku naikkeatas untuk bercerita pasal pengalaman dia pergi menengok wayang… sambil naik tangga ke atas, tak berhenti mulut dia bercerita pasal kawan2 dia yang mengikut sekali dan cerita pasal penguin berjalan dan menari dalam wayang yang dia tengok.. Sesekali dia mengayakan gerak langkah penguin berjalan dan menari.

 

“Ayi, pergi tak?” aku Tanya ke Kimi..

 

“Ayi tak pergi, diakan kecik lagi”..

 

Aku bertanya balik siapa kekawan dia yang pergi. Sibuklah dia memberitahu aku nama kawan2 Taska dia yang pergi sekali. Bila kau Tanya berapa orang yang pergi dia jawab “Kan tadi dah bagitahu..” lepas tu dia menghitung “one, two, three, four, five”” dan menunjukkan kan ke aku Lima jari dia… Lima orang kawan2 dia sebagaimana nama2 yang dia bagitahu ke aku tadi..

 

Gitulah galagat dia….

 

Regards

Mas Adi Ismail  ll

Via email @ 1st December 2011

a week with dengue.

Seminggu sudah berlalu sejak aku dimasukan ke hospital sebab denggi berdarah. Seminggu sebelum tu isteri akupun masuk hospital disebabkan penyakit yang sama jugak, Denggi. Kawasan rumah aku sekarang telah diistiharkan kawasan denggi dengan 1 kes dilaporkan untuk setiap 10 rumah (10%), setakat nie yang diketahui sudah ada 17 kes yang dilaporkan dan dimasukkan ke wad.

 

So, how is it feel to have dengue? Well.. menyakitkan dan menakutkan (dalam kes aku la, denggi berdarah). 

 

Yang hanginnya pasal Denggi nie pulak, pihak PBT (dalam cerita nie MBSA laa) macam menyalahkan penduduk Alam Impiab @ Canting punca peningkatan kes Denggi. Walhal Alam Impian nie dah mula diduduki dari awal tahun 2009 dan sehingga penghujung 2010 (2 tahun) tak pernah ada kes denggi yang dilaporkan. Sehinggalah projek pembangunan perumahan yang baru dibelakang rumah aku dimulakan awal tahun nie (2011). Mula daripada tulah kes denggi mula dilaporkan.. Macam mana MBSA boleh  menyalahkan penduduk Alam Impian sebagai punca Denggi, siap dengan ambik gambar belakang rumah (setiap rumah yang dilaporkan ada kes denggi) menunjukkan tempat2 yang berpotensi sebagai tempat “ternakan” Aedes… ada kaaa nak menyalahkan mangsa pulak..

 

 

 

Regards

Mas Adi Ismail  ll

Via email @ 1st December 2011.

 

Saturday, October 8, 2011