Tuan,
Merujuk emel tuan berhubung perkara di atas.
Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian pihak kami. Adalah dimaklumkan apa-apa kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui/diluluskan mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 adalah menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua kelengkapan komunikasi juga mesti mempunyai label pemerakuan yang sah dan dikeluarkan oleh SIRIM selaku Agensi Pemerakuan yang dilantik oleh SKMM.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga menetapkan bahawa penggunaan, pemilikan atau pembekalan apa-apa kelengkapan atau peranti komunikasi dengan tujuan untuk melakukan fraud (seperti mencuri kata laluan, mengakses rangkaian perkhidmatan secara tidak jujur, dsbnya) adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta tersebut.
Sila rujuk capaian web di bawah untuk rujukan pihak tuan:
Tuan hendaklah sentiasa berhati-hati dengan tawaran sebegini dan tindakan tuan untuk mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa adalah satu tindakan yang bijak.
Sekian, untuk makluman tuan.
Yang Benar,
Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor
From: Gaban [gabancorp@yahoo.com]
Sent: Wednesday, October 03, 2012 2:59 PM
To: Aduan SKMM
Subject: Pertanyaan berkenaan DreamBox / OpenBox / SkyBox
Tuan,
Sekarang terdapat di Internet yang menjual "decoder" penyiaran TV satelite dikenali sebagai DreamBox / OpenBox ataupun SkyBox. TV ini beroperasi diatas talian dan Satelite (Piring satelite Astro) dan menyiarkan semua kandungan Astro pada harga minima.
Bolehkah kami sebagai pengguna membeli decoder tersebut dan melanggan pakejnya dari peniaga online tersebut, memandangkan tiada tanda niaga / lambang niaga bagi perkhidmatan penyiaran yang ditawarkan?
Adi,
No comments:
Post a Comment