Wednesday, January 16, 2013

Training for Sunday 20th Jan 2013




Lama dadah aku berhenti berkayuh nie.. tersangat lah jarangnya berkayuh,, ada kut 2-3 bulan baru sekali.. Tapi memandangkan tahun lepas aku dah daftar untuk "OCBC Ride" Januari nie, kenalah aku gagahkan jugak pi berlatih sorang diri.

SO hari nie cuti hantar kereta ke woksyop utk servis, aku amik peluang untuk berkayuh sementara menunggu kereta siap. Mula dari DMM Seksyen 15, aku kayuh masuk ke Federal Highway, kedian masuk semula ke Seksyen 15 pergi sarapan pagi kat Restoran Temerloh.. belum sarapan lagi pagi nie, mana boleh nak kayuh kalau yakde "energy", jadinya aku makan dulu secukup rasa, tak moh berat badan, nanti tak larat pulak nak kayuh..

Habis makan aku start balik kayuh, keluar ke federal Highway, menuju ke Padang Jawa, kemudian pusing ke Seksyen 7 & 8, sebelum berhenti minum air kat Shell Sekyen 9. Kedian aku kayuh balik mnuju ke Persiaran Dato' Menteri. Tapi tengok kat roundaboubt tu macam tak boleh nak masuk jer, (kereta banyak, almaklum dah dekat pukul 10, org dah lambat nak masuk ofis) aku U-turn masuk ke Seksyen 11, by-passs ikut dalam ke PErs Dato' Menteri, tapi sebelum tu berhenti berehat kejap selepas hampir 20 km kayuh. Lepas berehat ala kadar (ada sejam kut, ha ha ha aku sambung semula berkayuh ke SIRIM  dan pusing tasik 1 round sebelum terus balik ke woksyop tadi utk amik kereta.

Thursday, December 20, 2012

FW: KTM Komuter / Zing Kad Touch N Go (BSN)


From: Ismail, MasAdi (Kuala Lumpur)
Sent: Thursday, December 20, 2012 9:13 AM
To: 'komuter4u@ktmb.com.my'; 'careline@touchngo.com.my'; 'servicemanager@bsn.com.my'
Cc: 'aduan@spad.gov.my'; 'mybsncontact@bsn.com.my'; 'ketua.eksekutif@bsn.com.my'; 'bnmtelelink@bnm.gov.my'
Subject: KTM Komuter / Zing Kad Touch N Go (BSN)

Tuan,

Saya memiliki sekeping kad”Zing Touch N Go” daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang saya gunakan setiap hari, sama ada untuk membayar tol ataupun membayar tambang LRT. Pernah juga saya menggunakannya untuk membayar tambang KTM KOMUTER, yang membawa kepada emel saya hari ini.

Saya dapati setiap kali saya mengunakan kad tersebut di KTM Komuter bagi perjalanan KTM Shah Alam <-> KTM KL Sentral, saya pasti menghadapi masalah untuk “sentuh keluar”, dan seterusnya kad saya tidak dapat diguna pakai bagi kemudahan pengangkutan lain (i.e. LRT). Bila saya menghubungi pihak Touch N Go, saya diminta untuk mengunjungi pejabat mereka bagi menyelesaikan masalah ini atasa alas an Kad ini mungkin disekat oleh pihak bank (BSN)??? Sungguh mengecewakan, untuk menyelesaikan masalah ini saya terpaksa mengunjungi pejabat / kaunter Touch N Go yang hanya dibuka diantara 8.00am – 5.00pm.  Ini bermakna saya terpaksa membuat “perjalanan yang tidak perlu” dan menanggung perbelanjaan lebih untuk ke pejabat Touch N Go di KL Sentral bagi menyelesaikan masalah ini.

Harap pihak tuan dapat menyelidik apa punca masalah Zing Kad saya tidak dapat digunakan di Stesen Keluar KTM Komuter (KL SENTRAL) dan menyelesaikan masalah saya ini.

Yang pastinya, mulai pagi ini kad Zing saya ini tidak dapat diguna pakai distesen-stesen LRT & KTM KOMUTER.

HARAP PIHAK TUAN DAPAT MENGHUBUNGI SAYA UNTUK MEMAKLUMKAN MASALAH INI SUDAH DISELESAIKAN TANPA PERLU SAYA MENGUNJUNGI PEJABAT TOUCH N GO..


Untuk rujukan tuan:
No Siri Zing Kad: XXXXXXXXXX
Nama pada kad: Mas Adi Ismail
No. tel untuk dihubungi: 016 217 6 498



Terima Kasih
Mas Adi Ismail 

Friday, November 9, 2012

MyBSN BOSS Code - Great service !!!

Priceless service from BSN... 

Seriously, time to change...

Wednesday, October 31, 2012

Probe on gold trading firms shows schemes are unsustainable, say Bank Negara, A-G, police - Nation | The Star Online

Probe on gold trading firms shows schemes are unsustainable, say Bank Negara, A-G, police - Nation | The Star Online

Whole story (Re-post):

Probe on gold trading firms shows schemes are unsustainable, say Bank Negara, A-G, police


KUALA LUMPUR: Investigations into the accounts of the recently-raided gold trading firms reveals that the amount of assets and monies held by these companies do not match the amount collected from their investors.
The schemes offered by the firms were, therefore, unsustainable, saidBank Negara, the Attorney General's Chambers and the police in a joint press release on Wednesday to give an update on the matter.
“Based on surveillance and examination conducted on these companies, it has been discovered that these companies are operating schemes that are believed to be not sustainable to provide the promised high monthly returns, nor would they be able to provide the buy back guarantee of gold.
“Such schemes are not sustainable because the returns promised are not funded through gold trading, but from the monies invested into such schemes.
“Prior to the joint raids, it has been noticed that these companies had delayed returning gold or money to the investors within the promised stipulated time.
“Such signs are early warning indications prior to the collapse of such schemes that would result in significant losses to investors.
“These raids were conducted in the interest of protecting the investors as well as the public at large from falling victim to illegal schemes,” the statement said.
Gold trading firms Pageantry Gold BhdCaesar Gold Sdn Bhd andWorldwide Far East Bhd were jointly raided on Friday by the police, Bank Negara and Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism for suspected offences that include illegal deposit-taking, money-laundering, tax evasion and avoidance and false description.
On Oct 2, the three bodies jointly raided gold trading firm Genneva Malaysia Sdn Bhd and its affiliates in the country for various suspected offences.
Singapore's Commercial Affairs Department also conducted a similar operation against Genneva Pte Ltd in the republic on the same day.

Wednesday, October 3, 2012

humm DreamBox / OpenBox

Tuan,

Merujuk emel tuan berhubung perkara di atas.


Terima kasih kerana membawa perkara ini ke perhatian pihak kami. Adalah dimaklumkan apa-apa kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui/diluluskan mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 adalah menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua kelengkapan komunikasi juga mesti mempunyai label pemerakuan yang sah dan dikeluarkan oleh SIRIM selaku Agensi Pemerakuan yang dilantik oleh SKMM.

 

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga menetapkan bahawa penggunaan, pemilikan atau pembekalan apa-apa kelengkapan atau peranti komunikasi dengan tujuan untuk melakukan fraud (seperti mencuri kata laluan, mengakses rangkaian perkhidmatan secara tidak jujur, dsbnya) adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta tersebut.

 

Sila rujuk capaian web di bawah untuk rujukan pihak tuan:

 

http://skmm.gov.my/Sectors/Telco/Communications-and-Multimedia-Act-1998/COMMUNICATIONS-AND-MULTIMEDIA-(TECHNICAL-STANDARDS/PART-III-COMMUNICATIONS-EQUIPMENT/Regulation-16-Prohibitions-of-sale,-etc-,-of-commu.aspx

 

Tuan hendaklah sentiasa berhati-hati dengan tawaran sebegini dan tindakan tuan untuk mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa adalah satu tindakan yang bijak.

 

Sekian, untuk makluman tuan.

 

Yang Benar,

 

Biro Aduan Pengguna SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

63000 Cyberjaya, Selangor

 


From: Gaban [gabancorp@yahoo.com]
Sent:
 Wednesday, October 03, 2012 2:59 PM
To:
 Aduan SKMM
Subject:
 Pertanyaan berkenaan DreamBox / OpenBox / SkyBox

Tuan,

 

Sekarang terdapat  di Internet yang menjual "decoder" penyiaran TV satelite dikenali sebagai DreamBox / OpenBox ataupun SkyBox. TV ini beroperasi diatas talian dan Satelite (Piring satelite Astro) dan menyiarkan semua kandungan Astro pada harga minima.

 

Bolehkah kami sebagai pengguna membeli decoder tersebut dan melanggan pakejnya dari peniaga online tersebut, memandangkan tiada tanda niaga / lambang niaga bagi perkhidmatan penyiaran yang ditawarkan?

 

Adi,

 

 

CONFIDENTIALITY NOTICE: The information contained in this email and any attachments may be privileged, confidential, or proprietary to Transocean. If you are not the intended recipient, you are prohibited from using, copying, relying upon, or disseminating the information, and the sender disclaims any liability for such unauthorized use. Further, if you are not the intended recipient, please notify the sender immediately and delete the message from your computer. Thank you.