Friday, May 20, 2011

Smooth ride..

Heran pagi nie. Laluan ke Shah Alam - KL via Fed Highway smooth sesangat pagi tadi. Tak sangkut sangat macam selalu. Sampai ofis pun ngam2 sebelum pukul 8 tadi. walwal keluar rumah macam selalu gak @ 6.45 am. Harap petang karang masa nak balik janganlah banyak pulak kereta nak keluar dari KL, boring betul kalau balik petang Jumaat, sure jammes sesangat.

Transformers 3 - Dark of the Moon.

lama doh tunggu nieh...




Monday, May 16, 2011

Gian kayuh

Lama sangat dah tak berkayuh malam, dek terlalu gian, aku keluar juak jumaat malam lepas buat seround sekitar Shah Alam.



Kayuhan bermula dari rumah aku @ Alam Impian, melalui LKSA seksyen 19 dan naik ke Bulatan Ampuan Rahimah. memula hajat nak ikt ke Persiaran Dato' Menteri, tapi tukar ke Masjid Negeri (melalui seksyen 9) dan dan naik ke Dataran Shah Alam. On the way balik, singgah kejap kat Frenzy Futsal, tengok kekawan yg berfutsal kat situ malam tu, kedian joint minum malam di Andaman Seksyen 23. Habis minum berkayuh balik ke rumah semula sesorang (kekawan futsal tadi balik naik kereta laaa)..

Tuesday, May 3, 2011

Jatuh Beskal...

Jangan tergelak laa.. tapi memang real, aku terjatuh dari beskal pagi semalam.. yang paling kelakar, jatu dah dekat dengan rumah, lepas berkayuh +/- 35km selama 2 jam sekeliling Shah Alam.. adoii mak. Kepenatan kut. He he.. semuanya gara2 last minit decision nak detour melawat lawat kawasan rumah Canting 2 yang baru siap.. tak pasai jeer tayar melekat dlm selut dan tak sempat nak lepas kan cleats, terus cheposshhh.. adoii mak…

 

Semalam berkayuh roadie di Shah Alam, sekitar, seksyen 24, 18, 17, 16, UiTM, 2, 7, 9, 15, 23 dan balik ke AI. Letih gok memanjat bukit2 di Shah Alam nie..

 

 

 

Via EMAIL….