Wednesday, January 16, 2013

Training for Sunday 20th Jan 2013




Lama dadah aku berhenti berkayuh nie.. tersangat lah jarangnya berkayuh,, ada kut 2-3 bulan baru sekali.. Tapi memandangkan tahun lepas aku dah daftar untuk "OCBC Ride" Januari nie, kenalah aku gagahkan jugak pi berlatih sorang diri.

SO hari nie cuti hantar kereta ke woksyop utk servis, aku amik peluang untuk berkayuh sementara menunggu kereta siap. Mula dari DMM Seksyen 15, aku kayuh masuk ke Federal Highway, kedian masuk semula ke Seksyen 15 pergi sarapan pagi kat Restoran Temerloh.. belum sarapan lagi pagi nie, mana boleh nak kayuh kalau yakde "energy", jadinya aku makan dulu secukup rasa, tak moh berat badan, nanti tak larat pulak nak kayuh..

Habis makan aku start balik kayuh, keluar ke federal Highway, menuju ke Padang Jawa, kemudian pusing ke Seksyen 7 & 8, sebelum berhenti minum air kat Shell Sekyen 9. Kedian aku kayuh balik mnuju ke Persiaran Dato' Menteri. Tapi tengok kat roundaboubt tu macam tak boleh nak masuk jer, (kereta banyak, almaklum dah dekat pukul 10, org dah lambat nak masuk ofis) aku U-turn masuk ke Seksyen 11, by-passs ikut dalam ke PErs Dato' Menteri, tapi sebelum tu berhenti berehat kejap selepas hampir 20 km kayuh. Lepas berehat ala kadar (ada sejam kut, ha ha ha aku sambung semula berkayuh ke SIRIM  dan pusing tasik 1 round sebelum terus balik ke woksyop tadi utk amik kereta.