Wednesday, February 23, 2011

The Plan : Kayuhan KL/SA/KL

Target: A ride (two actually) between Office and home
When: Friday evening (KL/SA) and Sunday Morning (SA/KL).
Distance: Estimated 90km (45 km each route)
Route:
KL/SA
1.       Office – Jln Kia Peng - Jln Tun Razak – MEX Highway – Sri Petaling (KESAS) / U-turn – Awan Besar R&R (1st Pit Stop) – USJ – LKSA – Shah Alam (Home)

SA/KL
1.       Shah Alam (Home) – LKSA – USJ – KINRARA R&R (Pit Stop) – MEX Highway – Jln Tun Razak – Jln Stonor – Jln Pinang – Office

Start date: hummm have not decide yet….


Via email.

Wednesday, February 16, 2011

Magic dates


There is 4 special date this year (2011) : 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
Now try this: add the last two digit of your birth year (1950 = 50) with your age this year (that's 61 if born 1950) .
the result = 111...nice


Ajaib kan.. Kuasa yg terhebat, Subhanallah…

Via email..

Monday, February 14, 2011

Semasa: JPJ Tidak Bercadang Benarkan Penggunaan Basikal Elektrik Di Atas Jalan Raya

12 Februari 2011 , Baru nie, semua akhbar di Malaysia ada menyiaran artikel berkenaan cadangan JPJ melarang penggunaan basikal elektrik diatas jalan-jalan raya di Malaysia. Antara faktor yang membawa kepada larangan tersebut ialah isu keselamatan pengguna jalan raya (penunggang basikal vs, pemandu kereta, penunggang motosikal) kerana kelajuan Basikal elektrik (dan semestinya isu yang sama untuk basikal biasa / tanpa kuasa elektrik) yang perlahan dikatakan boleh mengganggu kenderaan lain diatas jalan raya. Disamping itu masalah infrasturuktur (Laluan khas penunggang basikal / motosikal) yang sangat kurang dinegara kita.

 

Ini lah masalah kita. Yang terkurang tu, dikekalkan kekurangannya, bukan nak ditambah. Lihat sahaja Taman2 perumahan yang baru dinaikkan disekitar Kuala Lumpur. Berapa banyak yang ada kemudahan untuk penunggang basikal. Persepsi minda kita, Basikal khas untuk Aktiviti Lasak dan berlumba dan perlu dilakukan di kawasan yang dihadkan.. Sedangkan dinegara lain yang telah lama membangun, laluan untuk pejalan kaki dan berbasikal telah lama diwujudkan sebagai GALAKAN untuk MENGURANGKAN penggunaan kenderaan bermotor (Kereta dan motor) kepada penduduknya. Dan lagi dengan teknologi Hybrid yang dibangunkan untuk Kereta, dengan tujuan mengurangkan kesan pencemaran dan bergantung pada sumber tenaga minyak, seharusnya penggunaan basikal eletrik merupakan salah satu pilhan / cara / sumbangan untuk mengurangkan pencemaran alam yang paling mudah. Banyak lagi kebaikan yang boleh diperolehi dengan menunggang basikal.

 

Jika pihak berkuasa / kerajaan, khususnya JPJ, menggalakkan dan memberikan HAK yang SAMA kepada penunggang basikal untuk menggunakan jalan-jalan raya di Malaysia dengan syarat keselamatan yang dipatuhi (helmet + “reflector” + lampu) oleh penunggang basikal, rasanya takde masalah kut untuk kita semua hidup dengan harmoni antara penunggang basikal, motosikal, pemandu kereta, lori dan bas. Asalkan penunggang basikal menunggang dilorong motosikal (dijalan-jalan yang menyediakannnya) dan dilorong paling kiri, (tidak menghalang kenderaan lain)..

 

Apa pandangan korang semua?

 

 

Artikel surat khabar:

  1. http://www.sinarharian.com.my/bterkini/9615.asp
  2. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm
  3. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/2/11/mstar_berita/20110211174518&sec=mstar_berita
  4. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=563109

 

 

via email.

 

 

Monday, February 7, 2011

Rumah untuk disewa

Rumah untuk disewakan (berhampiran Subang Bestari) sesuai diduduki keluarga kecil / bujang bermula 1 April 2011 .

Lokasi: PANGSAPURI SUBANG SURIA,
Alamat: Blok 1-7-02, Pangsapuri Subang Suria, Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5. 
 * Unit di tingkat 7, mengadap pintu pagar utama / End Lot / Lot tepi.
Saiz: 887 kaki persegi
Bilik:  3 (1 Bilik Utama + 1 Bilik tidur bujang + 1 Bilik utility / bilik bujang)
Tandas / Bilik Air: 2 (1 didalam bilik Utama)
Perabut: Kabinet Dapur + Kipas di semua bilik/ruang (3 Bilik tidur + 1 Ruang keluarga/tamu)


Kemudahan:
- Lif
- Badminton court.
- Kedai Runcit.
- Taman Permainan kanak-kanak & Taman Asuhan Kanak-Kanak.
- Pengawal keselamatan 24 jam. (Kenderaan diberi Pelekat kenderaan).
- Berhampiran hentian pertama / terakhir Bas RapidKL / Metrobas (No. 9) ke Kuala Lumpur 
- Pilihan Pasar malam (Rabu Malam) di jalan Utarid U5/18A dan Kampung Melayu Subang (simpang utama masuk ke Persiaran Galaksi)
- Gerai makan
- 10-15 minit  ke Damansara - One Utama, Ikea, The Curve, Ikano (Melalui Kota Damansara), Terminal 3, LTSAAS, dan Shah Alam - Giant & Tesco, melalui jalan Sg Buluh-Shah Alam.
- Berdekatan laluan ke Guthrie Corridor Expressway (GCE).

Lokasi pangsapuri bersebelahan dengan Kompleks MPPJ yang baru (telah siap dibina) dan juga Mahkamah Kecil Syariah. Jalan laluan utama (Jalan Atmosfera U5/33) menghubungkan Subang Suria ke Jalan Sungai Buluh-Shah Alam melalui Persiaran Pelangi / Cakerawala sedang dalam pembinaan.

Sewa: RM500.00 (boleh dirunding)
Bayaran permulaan: 1 (sewa bulan pertama) + 2 (Deposit)  + Utilities (1/2 bulan sewa) = RM1,750.00 (boleh dibincang utk bayaran ansuran)


Berminat / Maklumat lanjut sila hubungi
016 217 6498 (Mas Adi)
016 217 7498 (Mazwin) 

Via email.

suspected break-in

Cuti oanjang baru nie,, (panjang ke? Aku kerja macam biasa jer).. sempatlah jugak aku mencuri masa mengemas belakang rumah yg dah makin semak, sebab main letak je semua barang-barang kat belakang rumah tu. Ada sebab gak (letak barang-barang kat belakang rumah tu) aku buat macam tu sebenarnya, sebagai benteng pasif pertahanan pertama daripada rumah aku diceroboh orang. Kasi bersepah, payah sikit nak keluar masuk kat belakang tu. Tapi dok bersepah punya pasal, takut gak, karang “makhluk” lain lah pulak buat penempatan haram kat belakang tu. Tu pasal aku pi kemas kejap pagi Sabtu lepas, sambil nak ambil balik tong-tong air yang aku simpan, nak kena pakai balik sebab ada kerja repair paip air yang nak kena buat kat tangki atas hari tu.

Dalam sibuk mengemas tu, aku baru terperasan 2 keping pagar aku patah hujungnya, kesan dikopak orang untuk memanjat masuk. Patutlah Khamis hari tu, aku check pintu Grill belakang rumah dah terkopak “telinga” padlock tu.. hishh,, nie sure cubaan pecah masuk yang tak menjadi.. Patut lah Rabu hari tu (2 Februari) masa tengah do k sedap luncj kat ofis, tetiba dapat call berulang kali dari sistem pengera keselamatan kat rumah. Bila guard check takde apa-apa katanya.

ALhamdulillah, lepas check sekeliling rumah, takde apa-apa yang hilang dari rumah. Tapi untuk meninkatkan kekerapan rondaan Polis kat kawasan rumah aku nie, aku pergi jugaklah buaT aduan kat Balai Polis Seksyen 15.



"Telinga" utk padlock pada pintu grill yang dah patah..

Pagar yang patah.


Via email…

Sunday, February 6, 2011

moving.. posting.. generating...

humm.. let's try it, why not give it a try... lagi aku dah cuba mengarchive (export) utk diimport ke sini, tapi gagal.. so akan cuba buat satu persatu lah kut untuk berpindah...

Tuesday, February 1, 2011

Le Tour de' Langkawi 2011

Tadi sempat menyaksikan LTDL 2011 kat depan Bangunan Rohas Perkasa, Jalan Perak.. Malaysia rider ditempat ke-3 masa lalu kat sini tadi.. tapi macam takde sambutan kat sini, tak ramai org yg menengok.. mungkin sebab cuti 1 Februari la kut.




Here come the cyclists..

1st lead team.. Malaysian on 3rd. (1st Lap of 5)

2nd tailing group..




The first Lap


The Forth Lap


The last / Fifth Lap.


Keciciran...


Semangat yang terakhir.. menuju ke garisan penamat..

ehh... ada tercicir kat belakang pulak...




Yang nie jangan lawan laa... (team Escort)