Monday, February 7, 2011

suspected break-in

Cuti oanjang baru nie,, (panjang ke? Aku kerja macam biasa jer).. sempatlah jugak aku mencuri masa mengemas belakang rumah yg dah makin semak, sebab main letak je semua barang-barang kat belakang rumah tu. Ada sebab gak (letak barang-barang kat belakang rumah tu) aku buat macam tu sebenarnya, sebagai benteng pasif pertahanan pertama daripada rumah aku diceroboh orang. Kasi bersepah, payah sikit nak keluar masuk kat belakang tu. Tapi dok bersepah punya pasal, takut gak, karang “makhluk” lain lah pulak buat penempatan haram kat belakang tu. Tu pasal aku pi kemas kejap pagi Sabtu lepas, sambil nak ambil balik tong-tong air yang aku simpan, nak kena pakai balik sebab ada kerja repair paip air yang nak kena buat kat tangki atas hari tu.

Dalam sibuk mengemas tu, aku baru terperasan 2 keping pagar aku patah hujungnya, kesan dikopak orang untuk memanjat masuk. Patutlah Khamis hari tu, aku check pintu Grill belakang rumah dah terkopak “telinga” padlock tu.. hishh,, nie sure cubaan pecah masuk yang tak menjadi.. Patut lah Rabu hari tu (2 Februari) masa tengah do k sedap luncj kat ofis, tetiba dapat call berulang kali dari sistem pengera keselamatan kat rumah. Bila guard check takde apa-apa katanya.

ALhamdulillah, lepas check sekeliling rumah, takde apa-apa yang hilang dari rumah. Tapi untuk meninkatkan kekerapan rondaan Polis kat kawasan rumah aku nie, aku pergi jugaklah buaT aduan kat Balai Polis Seksyen 15.



"Telinga" utk padlock pada pintu grill yang dah patah..

Pagar yang patah.


Via email…

No comments:

Post a Comment