Monday, July 30, 2012

Ramadhan night ride, Shah Alam - Kota Damansara


It's has been long... really long I have not ride my bicycle, and finally last Friday night I had the chance to ride back with "KayuhBeb" member.

Cycling started at Dataran Shah Alam @ 11.00 PM 27th July 2012, after 30 minutes of waiting for last member to joint. Cycling through bikes route heading Bt 3 toll, before we took "Jalan Batu 3 lama" eading Glenmarie and Airport Subang. Then we cycle thru Ara Damansara until we reached Kota Damansara.

1st Part (Shah Alam - Ara Damansara - Kota Damansara)







Then, after resting +/- 30 minute, journey cycling back to Shah Alam started @ 1am through Jalan Shah Alam - Sg. Buloh.


2nd Part (Kota Damansara - Jln Sg. Buluh - Shah Alam)


Wednesday, July 25, 2012

C&CTA: Battle log - BOB

Starlog: 2012.07.25.0100

This is the most "meanest / deadliest / bloodshed" battle so far, with so many resources / POIs taken :D, wow .. pheww.. Now, arrangement need to be made to secure the POIs won.

Secured POIs
Tungsten 21 @ 730:722
Reactor 20 @ 739:726
Resonator 21 @ 740:711
Tiberium 24 @ 727:698
Resonator 23 @ 745:680
Reactor 23 @ 749:679


Vulnerable POIs (as these POIs next / in between BOB new bases).
Tiberium 21 @ 741:707
Tiberium 22 @ 745:698
Uranium 23 @ 734:702
Aircraft 23 @ 743:691
Crystal 22 @ 749:690


OOhh thank you very much to all involve in the battle last night. Because of you we have soooo much resources bonus now :D..

And now this alliance is rank #20 .. with 48 POIs in control.. talking about POIs:

below level (15) POI still in control:
2 x Tiberium (15) @ 843:589 & 834:619
1 x Power (14) @ 767:737
1 x Infantry (14) @ 846:594
1 x Vehicles (12) @ 854:595
2 x Defense (13) @ 852:588 & 859:526
That's at least 7 base player we can mobilize to secure the new acquired POIs while all of you guys on LD for next 12 hours?

Last, again.
Thank you very much for all the resources you guys have won last night..I'm lovin it... ha ha ha..

G Corps Staff Sergeant
SCGs Apostle


Tuesday, July 24, 2012

aduihh,, nakk...

Gulp.. (opps pose.) biar benar harge nie... nak sutir...


C&CTA: Red Alert!! All personnel to battle station.

Starlog: 2012.07.24.0733

As of this morning CIC & SIC has come to mutual agreement to launch strike back against new enemy – BOB. Call has been made to all personnel to assemble to battle ground @ 1800 hrs BST (British Standard Time (summer)).

Demobilising base.

Regards
Staff Sergeant - G Corps Base Commander
Apostle - SCG Base Commander

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433 H (Wasiat Rasulullan SAW tatkala menyambut Ramadhan)


As Salaam & Selamat Sejahtera.

Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan:


"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya. 

Wahai manusia! 

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud. 

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya. 

Wahai manusia! 

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! 

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain. 

Wahai manusia! 

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia! 

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. 

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya. 

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka. 

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. 

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." 

[HR Ibnu Khuzaimah]

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 1433H (2012M)

Kembalinya bulan Ramadhan yang mulia ini, kami Mas Adi Ismail, Mazwin Binti Abdul Aziz, Adi Hakimi dan Adi Azwari mohon ampun & maaf untuk segalanya. Semoga kita semua diberkati di Ramadhan kali ini.


Monday, July 16, 2012

PEMBANTU RUMAH MINGGUAN DIPERLUKAN


Pembantu rumah mingguan diperlukan dikalangan warga Malaysia / Penduduk Tetap (PR).

LOKASI: ALAM IMPIAN, Seksyen 35, Shah Alam,

TUGASAN:
1. Menjaga dan mengasuh (dan mendidik) kanak-kanak.
2. Membersih, mengemas dan memastikan rumah sentiasa didalam keadaan bersih dan kemas.
3. Membantu kerja-kerja didapur (memasak dan mencuci pinggan-mangkuk)
4. Mencuci dan menggosok (ironing) pakaian.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN:
1. Bilik tidur peribadi.
2. Pulang kekampung dihujung minggu (Sabtu & Ahad) bagi rakyat Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang tinggal berhampiran (Klang / Subang / Shah Alam).
3. Makan/minum disediakan (mengikut apa yang dihidangkan kepada ahli keluarga tuan rumah).


GAJI: Boleh dirunding / dipertimbangkan mengikut pengalaman.


Berminat / Maklumat lanjut sila hubungi
016 217 6498 (Mas Adi)
016 217 7498 (Mazwin)

Sunday, July 8, 2012

Oh rumahku.. Alam Impian.


Pagi tadi panggil plumber datang rumah untuk menengok Saluran Paip sinki yg kronik kat belakang rumah. sele[as dijolk berulang kali, akhirnya lubang "water trap" terpaksa dipecahkan, Selepas dikorek, terkejut tengok longgokan "Batu Kerikil" dan "Pasir" yang diseluk keluar dari "water trap". 3-4 genggaman jugak batu yang diseluk keluar dengan tangan plumber, sebelum akhirnya air melimpah keluar di "main hole" belakang rumah,,,


hummmm.. macam mana yer boleh ada "batu kerikil" dan "Pasir" berkumpul dalam water trap tu,??

Next round nak check wiring dalam rumah pulak. Preliminary investigation, kemungkinan ada wayar terbakar dalam dinding sebab "terkoyak" menyebabkan "trip" berlaku berulang kali. Buat masa sekarang, beberapa unit Plug tidak dapat dipasang, dan dimatikan (main fuse off) untuk keselamatan, sehingga pemeriksaan susulan dapat dibuat....

kekawan lain ada masalah serupa ker??

Thursday, July 5, 2012

Pemberhentian Kad Kredit CITIBANK.

Tindakan susulan daripada Bank Negara Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan Kad Kredit Citibank.

 

Susah sangat nak tamatkan perkhidmatan nie..

 

==============================

 

From: BNM Telelink [mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my]
Sent: Thursday, July 05, 2012 4:42 PM
To: hazlinda.hashim@citi.com; Lin Safira Samah; shairuz.sheffie@citi.com; shariffah.ilyah.syedomar@citi.com
Cc: Ismail, MasAdi (Kuala Lumpur)
Subject: FW: Pemberhentian Kad Kredit/ij

 

Nombor Rujukan : CMAB/2012/0997496

 

 

Tuan / Puan,

 

Aduan terhadap Citibank Berhad

 

Kami merujuk e-mail Mas Adi Ismail bertarikh 27 Jun 2012 berhubung perkara di atas.

 

Tuan/Puan dikehendaki mengambil tindakan berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pengadu dalam e-mail beliau dan memberi maklum balas terus kepada pengadu berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh e-mel ini. Sila kemukakan sesalinan e-mail/surat maklum balas tersebut kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada pengadu, sekiranya perlu.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara ini dikendalikan oleh Hasmah Hamzah

Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila layari www.bankinginfo.com.my atau lawati kios kami di kebanyakan cawangan institusi perbankan untuk mendapatkan maklumat am berkaitan produk dan perkhidmatan perbankan

 

----Original Message----

From:

Ismail, MasAdi (Kuala Lumpur)

Sent:

27/06/2012 15:58

To:

icccrm2@bnm.gov.my

Cc:

Subject:

RE: Pemberhentian Kad Kredit/ij


Puan,



Berikut maklumat yang dikehendaki:



Nama: MAS ADI BIN ISMAIL

MyKad: XXXXXX-XX-XXXX

Alamat: XX Jalan Tun Teja XX/XX, Alam Impian, Seksyen 35, 40470 Shah Alam,
Selangor.

Bank: Citibank Berhad, Menara Citibank, 165 Jalan Ampang, 50450 Kuala
Lumpur.

No akaun:

1.       XXXX XXXX XXXX 0388 (ditamatkan)
2.       XXXX XXXX XXXX 4234 (Kad baru yang dipos / ditawarkan)




Regards

Mas Adi Ismail  ll

Sr. Rig Accountant

cid:image001.png@01CD002D.2054A940

(Rig: Trident 09, DW Expedition & Galveston Key)

Transocean Drilling Sdn BHd

Tel: +6 03 2332 4871

Fax: +6 03 2166 7600



From: BNM Telelink [mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my]
Sent: Wednesday, June 27, 2012 3:05 PM
To: Ismail, MasAdi (Kuala Lumpur)
Subject: RE: Pemberhentian Kad Kredit/ij



Encik Mas Adi Ismail,

Merujuk kepada emel tuan bertarikh 27 Jun 2012.

Untuk membolehkan pihak kami mengambil tindakan lanjut, sukacita sekiranya
tuan dapat mengemukakan maklumat-maklumat berikut kepada pihak kami:


1) Nama penuh dan nombor kad pengenalan;

2) Alamat surat-menyurat;

3) Maklumat akaun dan bank/cawangan yang terbabit


Untuk makluman tuan, pihak kami akan memanjangkan aduan/rayuan
yang diterima kepada Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat kami setelah
menerima maklumat-maklumat seperti yang diminta di atas untuk tindakan
lanjut unit ini.


Terima kasih.

Raja Rohafiza bt Raja Hassan
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia (Bank) are sent
in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any
obligation on the part of the Bank.

CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information,
which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you
have received this communication in error, please notify the sender
immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your
assistance.



|------------------------------+-------------------------|
| | |
|----Original Message---- | |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|From: |Ismail, MasAdi (Kuala |
| |Lumpur) |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|Sent: |27/06/2012 09:28 |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|To: |icccrm2@bnm.gov.my |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|Cc: |malaysia.customer.service|
| |@citi.com |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|Subject: |Pemberhentian Kad Kredit |
| | |
|------------------------------+-------------------------|




Tuan,

Pada penghujung December 2011, saya telah menghantar surat pembatalan dan
menyerahkan kad kredit Citibank Berhad bernombor XXXX XXXX XXXX 0388 kepada
pihak khidmat pelanggan bank beralamat di  Menara Citibank, 165 Jalan
Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Namun demikian pihak Citibank Berhad telah berulang kali menghubungi saya
melalui telefon, menawarkan kad kredit yang baru dengan kemudahan yang
ditambahkan bagi menghargai saya sebagai pengguna mereka untuk tempoh 10
tahun lalu. Saya enggan menerimanya, namum setelah beberapa kali dihubungi
(diganggu) dan di"desak/pujuk" saya bersetuju untuk menerima kad kredit
tersebut dihantar kerumah saya.

Pada Januari 2012 saya telah menerima melalui penghantaran pos laju, kad
kredit Citibank Berhad yang baru bernombor XXXX XXXX XXXX 4234 berserta
arahan "pengaktifan" kad sebelum boleh digunakan. Saya tidak mengaktifkan
kad tersebut sebagaimana diarahkan, sebaliknya telah memusnahkan kad
tersebut.

Yang menjadi isu sekarang, sehingga kini saya terus menerima PENYATA AKAUN
dengan rujukan kad kredit yang baru (XXXX XXXX XXXX 4234) walaupun kad
tersebut tidak pernah diaktif dan digunakan. Memandangkan hujung tahun yang
semakin hampir, saya khuatir pihak Citibank Berhad, akan mengenakan caj
perkhidmatan dan levi bagi kad yang tidak pernah saya aktifkan. Mohon pihak
tuan mengambil tindakan bagi membatalkan Kad Kredit ini XXXX XXXX XXXX
4234.

Terima Kasih
Mas Adi Ismail


CONFIDENTIALITY NOTICE: The information contained in this email and any attachments may be privileged, confidential, or proprietary to Transocean. If you are not the intended recipient, you are prohibited from using, copying, relying upon, or disseminating the information, and the sender disclaims any liability for such unauthorized use. Further, if you are not the intended recipient, please notify the sender immediately and delete the message from your computer. Thank you.

Tuesday, July 3, 2012

C&CTA: New tactics, New Alliances

StarLog: 2012.07.03.0259

It has been a very quiet day at the outpost. Most battle are now against the Forgotten bases. No more threat / attack from enemy fighting to gain control of the limited resources. While in battle with the enemy, some of them has now become a new alliances. The alliances has now be assigned to smaller team for easier mission establishment. Each team has been assigned with a Team Leader and goals (i.e POIs) to achieve. We now move in team for easier attack coordination against Forgotten Base or enemy.


Regards
Gaban
Bases:
G Corps
SCGs