Thursday, July 5, 2012

Pemberhentian Kad Kredit CITIBANK.

Tindakan susulan daripada Bank Negara Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan Kad Kredit Citibank.

 

Susah sangat nak tamatkan perkhidmatan nie..

 

==============================

 

From: BNM Telelink [mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my]
Sent: Thursday, July 05, 2012 4:42 PM
To: hazlinda.hashim@citi.com; Lin Safira Samah; shairuz.sheffie@citi.com; shariffah.ilyah.syedomar@citi.com
Cc: Ismail, MasAdi (Kuala Lumpur)
Subject: FW: Pemberhentian Kad Kredit/ij

 

Nombor Rujukan : CMAB/2012/0997496

 

 

Tuan / Puan,

 

Aduan terhadap Citibank Berhad

 

Kami merujuk e-mail Mas Adi Ismail bertarikh 27 Jun 2012 berhubung perkara di atas.

 

Tuan/Puan dikehendaki mengambil tindakan berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pengadu dalam e-mail beliau dan memberi maklum balas terus kepada pengadu berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh e-mel ini. Sila kemukakan sesalinan e-mail/surat maklum balas tersebut kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada pengadu, sekiranya perlu.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara ini dikendalikan oleh Hasmah Hamzah

Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila layari www.bankinginfo.com.my atau lawati kios kami di kebanyakan cawangan institusi perbankan untuk mendapatkan maklumat am berkaitan produk dan perkhidmatan perbankan

 

----Original Message----

From:

Ismail, MasAdi (Kuala Lumpur)

Sent:

27/06/2012 15:58

To:

icccrm2@bnm.gov.my

Cc:

Subject:

RE: Pemberhentian Kad Kredit/ij


Puan,



Berikut maklumat yang dikehendaki:



Nama: MAS ADI BIN ISMAIL

MyKad: XXXXXX-XX-XXXX

Alamat: XX Jalan Tun Teja XX/XX, Alam Impian, Seksyen 35, 40470 Shah Alam,
Selangor.

Bank: Citibank Berhad, Menara Citibank, 165 Jalan Ampang, 50450 Kuala
Lumpur.

No akaun:

1.       XXXX XXXX XXXX 0388 (ditamatkan)
2.       XXXX XXXX XXXX 4234 (Kad baru yang dipos / ditawarkan)




Regards

Mas Adi Ismail  ll

Sr. Rig Accountant

cid:image001.png@01CD002D.2054A940

(Rig: Trident 09, DW Expedition & Galveston Key)

Transocean Drilling Sdn BHd

Tel: +6 03 2332 4871

Fax: +6 03 2166 7600



From: BNM Telelink [mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my]
Sent: Wednesday, June 27, 2012 3:05 PM
To: Ismail, MasAdi (Kuala Lumpur)
Subject: RE: Pemberhentian Kad Kredit/ij



Encik Mas Adi Ismail,

Merujuk kepada emel tuan bertarikh 27 Jun 2012.

Untuk membolehkan pihak kami mengambil tindakan lanjut, sukacita sekiranya
tuan dapat mengemukakan maklumat-maklumat berikut kepada pihak kami:


1) Nama penuh dan nombor kad pengenalan;

2) Alamat surat-menyurat;

3) Maklumat akaun dan bank/cawangan yang terbabit


Untuk makluman tuan, pihak kami akan memanjangkan aduan/rayuan
yang diterima kepada Unit Pengurusan Aduan dan Khidmat Nasihat kami setelah
menerima maklumat-maklumat seperti yang diminta di atas untuk tindakan
lanjut unit ini.


Terima kasih.

Raja Rohafiza bt Raja Hassan
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia (Bank) are sent
in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any
obligation on the part of the Bank.

CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information,
which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you
have received this communication in error, please notify the sender
immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your
assistance.



|------------------------------+-------------------------|
| | |
|----Original Message---- | |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|From: |Ismail, MasAdi (Kuala |
| |Lumpur) |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|Sent: |27/06/2012 09:28 |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|To: |icccrm2@bnm.gov.my |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|Cc: |malaysia.customer.service|
| |@citi.com |
| | |
|------------------------------+-------------------------|
| | |
|Subject: |Pemberhentian Kad Kredit |
| | |
|------------------------------+-------------------------|




Tuan,

Pada penghujung December 2011, saya telah menghantar surat pembatalan dan
menyerahkan kad kredit Citibank Berhad bernombor XXXX XXXX XXXX 0388 kepada
pihak khidmat pelanggan bank beralamat di  Menara Citibank, 165 Jalan
Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Namun demikian pihak Citibank Berhad telah berulang kali menghubungi saya
melalui telefon, menawarkan kad kredit yang baru dengan kemudahan yang
ditambahkan bagi menghargai saya sebagai pengguna mereka untuk tempoh 10
tahun lalu. Saya enggan menerimanya, namum setelah beberapa kali dihubungi
(diganggu) dan di"desak/pujuk" saya bersetuju untuk menerima kad kredit
tersebut dihantar kerumah saya.

Pada Januari 2012 saya telah menerima melalui penghantaran pos laju, kad
kredit Citibank Berhad yang baru bernombor XXXX XXXX XXXX 4234 berserta
arahan "pengaktifan" kad sebelum boleh digunakan. Saya tidak mengaktifkan
kad tersebut sebagaimana diarahkan, sebaliknya telah memusnahkan kad
tersebut.

Yang menjadi isu sekarang, sehingga kini saya terus menerima PENYATA AKAUN
dengan rujukan kad kredit yang baru (XXXX XXXX XXXX 4234) walaupun kad
tersebut tidak pernah diaktif dan digunakan. Memandangkan hujung tahun yang
semakin hampir, saya khuatir pihak Citibank Berhad, akan mengenakan caj
perkhidmatan dan levi bagi kad yang tidak pernah saya aktifkan. Mohon pihak
tuan mengambil tindakan bagi membatalkan Kad Kredit ini XXXX XXXX XXXX
4234.

Terima Kasih
Mas Adi Ismail


CONFIDENTIALITY NOTICE: The information contained in this email and any attachments may be privileged, confidential, or proprietary to Transocean. If you are not the intended recipient, you are prohibited from using, copying, relying upon, or disseminating the information, and the sender disclaims any liability for such unauthorized use. Further, if you are not the intended recipient, please notify the sender immediately and delete the message from your computer. Thank you.

1 comment:

  1. silap sedara pergi musnah kad tp tak batalkan akaun tu..akaun masih on selagi tak batalkan.at least encik kena call citibank utk batalkan kad..jika tak nak kad tu sepatutnya awal2 lagi jangan setuju terima kad tu..silap sendiri ni..rasanya at least 50 ringgit kena bayar GST tu..kalo nasib baik boleh la waive

    ReplyDelete