Wednesday, February 17, 2010

Tuesday, February 16, 2010

Taman Cabaran

Pagi tadi selepas menimbang berkilo kilo akhirnya aku pilih ke PCP, ikut Rizal & Razi, tak ada geng nak ke FRIM @ kayuh ke bandar Shah Alam.

7.00 pg aku dah ready tunggu diorg kat pondok guard, janji 7.30pg, tunggu awal sikit, elak Kimi bangun dari tidur + hirup udara segar awal pagi.

7.45 pg bertolak dari AI ke PCP, selepas Nash (kawan Rizal dari Denai Alam) sampai. Razi lead jalan tak ingat punya kawan2 yg bawa keter mini kat belakang dgn beskal masing2 tergantung kat belakang. Dia beskak buka bawa kat dalam kereta. Sampai aku kena roger dia minta pelan sikit.

8.30pg sampai PCP, mentaripun dah mula terik. Dgn tangkas semua pasang gear nak memulakan cabaran PCP ni. Razi dgn Rizal dah pernah datang lead didepan, dibantai mendaki bukit (ke gunung himalaya ni?) pertama, belumpun sampai CP1, aku dgn Nash dah semput, x larat nak kayuh. Brutal betul bukit ni. Lepas rest ala kadar, sambung mendaki lagi! Memang gila aku hari ni. Dah sampai kepuncak baru jumpa downhill track. Itupun masa nak turun tangan auto cengkam brek tak nak lepas sambik kepala pikiaq, biar betul route ni, curam betul nak turun. Aku turun jugakla, takkan nak duduk atas ni sesorang, nak patah balik lagi bahaya, jalan tar!

Downhill 1st route ni pendek je dan lagi banyak mendaki. Lepas tamat route 1st, kami rest 1/2 jam layan semput. CP2 ke-2 ni masih diatas bukit, jadi kalau nak balikpun kena redah layan downhill dulu. Dari sini ada 2 pilihan route, 15Merah & 16Hitam. Ikut brutality, Hitam lagi kejam (ada 4 kaler, Hijau, Biru, Merah, Hitam). Dah Hijau / Biru takde, amiklah Merah. Woossh... Mencanak lari beskal aku turun, disc brek aku kalu boleh keluar api sure dah berapi. Ada 1km la jugak layan downhill route 15Merah ni. Siap cornering dgn up/down bukit kecil. Seronok sangat route ni kitorg layan 2 kali, kali ke-2 panjat ikut longkang.

Selesai 2nd round, badan pun dah penat, kitorg kayuh balik ke parking. Jam baru pukul 11pg? Tp cukup penat layan 2 trek je. Lain kali boleh datang lagi.

Gaban, 16Feb10,
P/s: Hari ni birthday Wife aku la, Happy Birthday Sayang.



Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


Maklumat lengkap laluan kayuhan di PCC.

Saturday, February 13, 2010

Melaka

Pagi ni seawal sesudah subuh bersiap utk ke Bandar Hilir, Melaka, short break cum trip dgn colleagues x-company. Esok ke Ayer Keroh pulak kenduri si Chebok yg ke-2, yup, isteri ke-2 yg pertama. No 1 dah berpisah lama dah. Selamat pengantin Chebok, moga kekal berbahagia ke akhir zaman kali ni.

Friday, February 12, 2010

Blogging today.

Hari nie jalan ¼ sepi, sebab ramai dah mula bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.. Selalu lepas Toll Bt 3, Subang/Shah Alam @ 7.00 am dah start merangkak, hari nie, clear sampai dah lepas junction Airport baru start merangkak.. kan ker bagus kalau hari hari macam nie.. Bila la gamaknay public transport kita (terutamanya di Lembah Klang) nak sempurna (?).. kan ker bagus kalau semua perkhidmatan Train / bas awam tu di buat 24 jam, dan reliable, jadi boleh lah warga lembah klang tinggal terus kereta kat rumah, sebab for sure, walau terkena balik lambat hari tu, mesti ada public transport untuk bawa diorg kerumah,, nak naik teksi mahal babas travel dari KL (KLCC) ke Subang (Subang Bestari), aku kena RM50 (ikut meter baru RM30), sebab teksi nak balik ke KL kosong lepas tengah malam.. ikut hati aku bagi RM30 jer, tp sebab boleh claim company + dah mengantuk dan ingat nak tidur aku bayor jerlah…

 

Lagi kalau semau public transport tu mengizinkan “basikal mudah alih / lipat” dibawa masuk oleh komuter.. Kerajaan kita seharusnya mengarahakan / kalau tidak mengarahkan, meminta pengusaha pengangkutan awam nie, membenarkan komuter membawa naik “basikal lipat / mudah alih” ke dalam Train / bas, sebagai usaha mengalakkan kehidupan sihat (berkayuh ketempat kerja) dan mengurangkan jumlah kereta masuk ke Bandaraya,, dan semestinya,, mengurangkan DUTI IMPORT ke atas Basikal sedemikian, jadi orang awam boleh mula membeli dan menggunakannya..

 

Bengang!!!... dengan sikap pemandu Malaysia yg tak reti / buat tak reti / tak fahan dengan peratran jalanraya.. Signal kereta,, rata rata 50% tak menggunakanya bila menukar lorong (terutama ketika sesak, main himpit jer) atau masuk ke simpang.. dah dekat sangat baru nak bagi signal , baik takyah lah woiii… ada kaa.. lagi di Roundabout.. terutamanya roundabout besar 2 – 3 lorong… masuklah ke lorong yang betul sebelum keluar kesimpang yang dikehendaki, bukannya dekat simpang tu baru nak keluar dari lorong Kanan (lorong dalam) ke lorong kiri (luar) dan terus masuk kesimpang,, taker menyusahkan orang lain.. sebaiknya, keluarlah ke lorong luar (kiri) 1 @ 2 simpang sebelumnya.. kan ke senang sikit…

 

Bengang!! (bengang sahaja pagi nie, sempena topik Hot FM), dengan kes buang anak sesuka hati.. Moh kita sepakat sokong kerajaan sedia ada (tak kiralah PAS, DAP, KeADILan, UMNO, MCA, MIC, GERAKAN ker) tubuh BANK DNA,, jadi bila dah ada BANK DNA, senang POLIS nak carik MAK & BAPAK yang buang anak nie terus Penjarakan, tak payah bicara buant perabih duit rakyat.. sebab dah terang2 DNA sama.. dahtangkap, paparkan kat dlm surat khabar, board 7-Eleven, bus stop, etc, muka diorg nie, sebagai pengajaran kepada yg muda remaja hangat bercinta… toksahlah nak main UJI KESETIAAN dan UJI CINTA sampai terlajak dan tak reti nak bertanggungjawab…

 

Humm.. tu lah .. sat lagi nak pi solat Jumaat, pasti ada ceramah pasal kes buang anak nie…

 

Thursday, February 11, 2010

Re-activation / pengaktifan (aktif ker??)

Lama aku tak berblog, paling akhir ntah abad ke berapa ntah.,., he he... macam dah berzaman lak umur aku.. Azam tahun baru (tahun baru Cina nie), nutuk klebih kerap mengemaskinikan blog nie.. Blog lama yg tak pernah dikemaskinkan tu pun akan dipindahkan kesini.. orait malam nie akan start,,. provided clon2 aku (Adi Hakimi & Adi Azwari) tak menyumbangkan jari jari halusnya untuk mengemaskinikan blog nie.. amin...