Tuesday, February 16, 2010

Taman Cabaran

Pagi tadi selepas menimbang berkilo kilo akhirnya aku pilih ke PCP, ikut Rizal & Razi, tak ada geng nak ke FRIM @ kayuh ke bandar Shah Alam.

7.00 pg aku dah ready tunggu diorg kat pondok guard, janji 7.30pg, tunggu awal sikit, elak Kimi bangun dari tidur + hirup udara segar awal pagi.

7.45 pg bertolak dari AI ke PCP, selepas Nash (kawan Rizal dari Denai Alam) sampai. Razi lead jalan tak ingat punya kawan2 yg bawa keter mini kat belakang dgn beskal masing2 tergantung kat belakang. Dia beskak buka bawa kat dalam kereta. Sampai aku kena roger dia minta pelan sikit.

8.30pg sampai PCP, mentaripun dah mula terik. Dgn tangkas semua pasang gear nak memulakan cabaran PCP ni. Razi dgn Rizal dah pernah datang lead didepan, dibantai mendaki bukit (ke gunung himalaya ni?) pertama, belumpun sampai CP1, aku dgn Nash dah semput, x larat nak kayuh. Brutal betul bukit ni. Lepas rest ala kadar, sambung mendaki lagi! Memang gila aku hari ni. Dah sampai kepuncak baru jumpa downhill track. Itupun masa nak turun tangan auto cengkam brek tak nak lepas sambik kepala pikiaq, biar betul route ni, curam betul nak turun. Aku turun jugakla, takkan nak duduk atas ni sesorang, nak patah balik lagi bahaya, jalan tar!

Downhill 1st route ni pendek je dan lagi banyak mendaki. Lepas tamat route 1st, kami rest 1/2 jam layan semput. CP2 ke-2 ni masih diatas bukit, jadi kalau nak balikpun kena redah layan downhill dulu. Dari sini ada 2 pilihan route, 15Merah & 16Hitam. Ikut brutality, Hitam lagi kejam (ada 4 kaler, Hijau, Biru, Merah, Hitam). Dah Hijau / Biru takde, amiklah Merah. Woossh... Mencanak lari beskal aku turun, disc brek aku kalu boleh keluar api sure dah berapi. Ada 1km la jugak layan downhill route 15Merah ni. Siap cornering dgn up/down bukit kecil. Seronok sangat route ni kitorg layan 2 kali, kali ke-2 panjat ikut longkang.

Selesai 2nd round, badan pun dah penat, kitorg kayuh balik ke parking. Jam baru pukul 11pg? Tp cukup penat layan 2 trek je. Lain kali boleh datang lagi.

Gaban, 16Feb10,
P/s: Hari ni birthday Wife aku la, Happy Birthday Sayang.



Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


Maklumat lengkap laluan kayuhan di PCC.

No comments:

Post a Comment