Monday, June 17, 2013

Kalau Aku Kaya - Altimet

Dah lama dah tag lagu lagu dari You Tube nie.,. tapi lagu nie memang best sempoinye, kena ah jugak share kat sini..

Wednesday, May 29, 2013

Kucing glamer

memang selamba jer,, aku berani.. nko ada berani ker.. he he he kucing ... kucing.. glamer nko malam tadi..

Thursday, May 23, 2013

Oh Maybank2U.com

Wow... terkejut den hari nie.. bila nak nak buat Giro Interbank Transfer ada pulak "notification" proses pindahan yang berbeza dengan rate yag sudah tentu berbeza.. Jadi kalau nak buat Pindahan Giro tu, bak kata anak aku. "Hati - Hati" .... pilih dulu betul2..


Wednesday, April 17, 2013

Night MTB - Roadride 16 April 2013

ahh semalam setelah lama bercuti dari berkayuh,, Beskal aku pundah merajuk dah hampir berkarat, aku menjayakan juga niat untuk berkayuh diwaktu malam di KESAS highway. Aku joint satu group kayuhan nie dari FB group KELAB BASIKAL SHAH ALAM yang sememangnya berkayuhan setiap malam Selasa dan Khamis di KESAS.

Jarak kayuhan mengikut perancangan diorang ialah +/- 40km,, dari RnR KESAS Shah Alam arah Barat, menghala ke Klang sebelum berpusing balik ke Subang dan menghala balik ke RnR Shah Alam tadi..

Jadi aku pun @ 8.30 malam mula lah berkayuh dari rumah @ Alam Impian, melalui LKSA menghala ke KESAS. Sampai dipersimpangan HICOM/PROTON, aku divert arah kayuhan menyosang ke RnR KESAS Shah Alam arah Barat bertemu dengan group kayuhan.

Selepas berkayuh +/- 30 minit aku sampai ke RnR tempat pertemuan. Jarak Kayuhan dalam 10km. Disini kami menunggu "Riders" yang lain sebelum memulakan Kayuahan pada pukul 10.00 malam.

Masa nie terasa keletihan + "pancit"nya aku sebab lama tak berkayuh... semasa menghampiri 10km berkayuh aku dah mula terasa semput + "pening" tanda2 awal untuk berhenti.. Jadi memandangkan ada lagi 30++ km sebelum balik ke point permulaan, aku memutuskan untuk "break" group dan balik bersendirian. Masa ini aku berkayuh dengan marshall / Sweeper Kenny yang menemankan aku sambil memberi beberapa tips kayuhan untuk main gear dn kayuhan. Bila sampai di Jambatan Jalan Kebun, ak ubagi  tahu ke dia aku akan balik dari sini..

Jadi dari Jalan Kebun, berkayuh lah aku perlahan lahan di KESAS menuju ke LKSA untuk balik kerumah. Adalah dekat 10km jugak dari jambatan Jalan Kebun nie sebelum aku sampai kerumah... aduih yaaiii...

Akhirnya dlm pukul 11.30malam aku sampai ke rumah dengan jarak kayuhan 29km, oklah tu, pencapaian terbaik buat masa nie.. :)


.

Wednesday, January 16, 2013

Training for Sunday 20th Jan 2013




Lama dadah aku berhenti berkayuh nie.. tersangat lah jarangnya berkayuh,, ada kut 2-3 bulan baru sekali.. Tapi memandangkan tahun lepas aku dah daftar untuk "OCBC Ride" Januari nie, kenalah aku gagahkan jugak pi berlatih sorang diri.

SO hari nie cuti hantar kereta ke woksyop utk servis, aku amik peluang untuk berkayuh sementara menunggu kereta siap. Mula dari DMM Seksyen 15, aku kayuh masuk ke Federal Highway, kedian masuk semula ke Seksyen 15 pergi sarapan pagi kat Restoran Temerloh.. belum sarapan lagi pagi nie, mana boleh nak kayuh kalau yakde "energy", jadinya aku makan dulu secukup rasa, tak moh berat badan, nanti tak larat pulak nak kayuh..

Habis makan aku start balik kayuh, keluar ke federal Highway, menuju ke Padang Jawa, kemudian pusing ke Seksyen 7 & 8, sebelum berhenti minum air kat Shell Sekyen 9. Kedian aku kayuh balik mnuju ke Persiaran Dato' Menteri. Tapi tengok kat roundaboubt tu macam tak boleh nak masuk jer, (kereta banyak, almaklum dah dekat pukul 10, org dah lambat nak masuk ofis) aku U-turn masuk ke Seksyen 11, by-passs ikut dalam ke PErs Dato' Menteri, tapi sebelum tu berhenti berehat kejap selepas hampir 20 km kayuh. Lepas berehat ala kadar (ada sejam kut, ha ha ha aku sambung semula berkayuh ke SIRIM  dan pusing tasik 1 round sebelum terus balik ke woksyop tadi utk amik kereta.