Thursday, December 30, 2010

Yeaaa.. kalah tapi menang...

Kita kalah semalam (Nyaris 3-1) , tapi menang aggregate, Syabas Harimau Malaya (?)..

 

Pagi nie, Hakimi terjaga awal, seronok bersorak tengok bola semalam kut, terus merengek nak ikut aku ke Taska naik Kancil.. dah jadi 1 hal pulak nak kena kejut kan adik dia sekali, takkan nak tinggalkan pulak.. last2 keluar rumah hantar bebudak ke Taska dah dekat 7.30. Dah tak sempat dah nak mengelak kesesakan kat FH dgn dlm KL nanti.. redah sahaja..

 

Sampai kat ofis pukul 9.00 satu hal pulak.. aku boleh tertinggal kunci kereta kat DALAM KERETA!!! OMG… macam mana lah pulak aku nak balik petang nie.. kenalah naik LRT dengan KOMUTER yang dah lama aku tak jejak… terpaksalah bersesak sikit petang nie nampak gayanya, dan kenalah aku masuk balik KL esok dengan kunci spare bawa balik kancil tu…. Waaaaa esok cuti, tak mau masuk KL…….

 

 

Sunday, December 26, 2010

26 Dec 2010 - Kayuhan Jamboree (JAMBUFREE) Bukit KEmandul, Jalan Kebun bersama KaYuHbEb

Posting terlewat…

Perghh… memanglah, kalo kayuhan santai, ramei jer yg joint,, ada dekat 80 orang peserta kayuhan hari nie. Seawal 7.30 pagi aku dah sampai ke belekang sekolah kat Jalan bukit KEmandul tu, sebelum aku dimaklumkan tempat berkumpul sebenar di Kolam Ikan Rombak…

Ntah pukul berapa aku tak ingat kayuhan dimulakan selepas short briefing dari komandan kayuhan K’Rule… Kayuhan diketuai Man Sawit penunjuk arah didalam kawasan tanah gondol dan semak samun bukit Kemandul, melalui ladang Sawit.. buah2-an dan kebun the BOH!!! Haaaa bukan Cameron Highland, tapi KLANG LOWLAND punya ladang.. kat sini tayar depan beskal aku pancit ditusuk duri pelepah Sawit.. adussss…. Tiub spare dah pakai semalam… hari ni tak sempat nak pi kedai cari.. Mujur Bro Rosni ada extra dan Bro Wahid ada pump.. sempatlah berehat kejap sambil aku menggantikan tiub beskal,. Lepas nie kena prepare lebih sikit kalau nak redah lading sawit,, sepanjang kayuhan hari nie banyak betul incident yang memang dijangkakan berlaku.. tak silap kiraan ada 4 beskal pancit + 1 kes PANCIT.. mahu taknya.. laluan tanah merah gondol dengan batu kerikil betul betul mencabar keringat peluh dan otot2 betis… Tapi kali ni aku dah prepare dengan AL-UNTA beg utk bekalan air.. kalau harap botol kecik aku dulu tu, memang setengah jalan aku dah patah balik…

Selepas berkayuh sejauh 25 KM sahaja (lebih kurang 2 1/2 jam) ladang jambu, sasaran destinasi utama kelihatan.. dan semua pengayuh tegar teruja menerjah masuk ke Ladang Jambu mencari buah yg enak dimakan tatkala kelaparan, kedahagaan dan keletihan.. Next time towkey ladang jambu boleh buka 1 stall standby jual air jambu lak... selepas selesai melahap selera, kayuhan ditamatkan dengan berkayuh kembali ke kolam ikan Rombak… balik cepat lah pulak sampainya....

Friday, December 10, 2010

Awal Muharram ride..

Di awal pagi muharram, dalam keadaan batuk2 yg belum reda.. aku kayuh balik beskal yg dah lama tersadai..bertemankan si Syahnaz,  disebabkan angin tayar beskal dah kurang, dan carik pam tak jumpa aku kayuh jugaklah pela2 sampai ke Stesen Petronas Kesas (Arah Timur) sebelum mengambil angin sikit...Asalnya plan nak ke PCP, tapi tak cukup korum, jadi roadie jer lah.. Kali nie route ditukar sikit, masuk ke SUbang, melalui Persiaran Kewajipan, sebelum turuk ke Glenmarie, dan balik melalui D'Kayangan Shah Alam... Sebab dah semput, kaki pun dah cramp, tak sempat lah nak daki pers Dato' Menteri... minyak cramp pun ntah kemana ntah perginya, time emergency macam nie boleh pulak takde dalam beg..

Total ride: 35km. (jadilah)...

Thursday, October 28, 2010

setahun,,

hari nie setahun sudah berlalu, semenjak kami menggunakan Toyota Rush menggantikan Proton Iswara (Akak). Akak digantikan selepas memberikan 'excellent' service selama 8 tahun (dari 2001) dan membawa kami mengembara keseluruh tanah semenanjung sejauh 175,000 km tanpa memberikan masalah besar (Alhamdulillah)...


 gambar2 terakhir bersama "Akak" sebelum dilepaskan ..



Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H.

Ramadhan bakal meninggal pergi,
1 Syawal disambut gembira;
Kami menyusun sepuluh jari,
Maaf Dzahir dan Batin dipinta.

Sunyi Sepi di Kota raya,
Riuh Rendah dikampung dan desa;
Berhati hati dijalan raya,
pulang kekampung bertemu keluarga.

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Dzahir dan Batin
Mas Adi Ismail
Mazwin Abd Aziz
Adi Hakimi
Adi Azwari.

Sunday, August 15, 2010

14/8/2010 Shah Alam night ride

setelah sekian lama tidak berkayuh malam, akhirnya malam tadi bersama Syahnaz, aku joint geng2 KayuhBeb dan Rotor-X berkayuh malam dibandar Shah Alam. Kayuhan dijadualkan bermula dari Dataran Shah Alam @ 10.30 malam, tapi ditangguhkan sehingga 11.30 malam dan 12.oo malam (dua batch) disebabkan masalah technical yang dialami oleh geng dari Klang (Rotor-x). Kayuhan SANTAI aka BANTAI jer lah... melalui kawasan perumahan disekitar Shah Alam dan juga kediaman Menteri (Bukit Menteri, Seksyen 7) dimana ketahanan mental diuji sepenuhnya,, bukan ketahana fizikal.. nie dah antara nak teruskan atau tidak mendaki bukit menteri yang mencecah sehingga 60 meter.. FUHHHH. itu jer mampu aku katakan,, TIPAH TERTIPU... TIPAH TERTIPU BANG.... lain kali ikut lagi. minggu depan set kayuhan dgn KayuhBeb di KESAS highway lak..

Sunday, July 18, 2010

Kimi dan Ari,,

Days out.. hari nie lepas aku balik dari Putrajaya, kami bawa Kimi dan Ari keluar. Misi mencari beg Kimi, menggantikan beg sekarang yang dah rabak. Sambil menyelam mencari permainan untuk si Ari yang sekarang dah pandai berebut dengan abangnya Kimi. BEg Kimi terlalu "khusus" untuk budak lelaki 3 tahun... payah betul. Dia pulak dah terlalu minat dengan Beg "Ben 10" dia made in China, sampai payah nak pisahkan.. Nak mencari pengganti punyalah payah.. Cubale tengok sekeliling,, pasaran "barangan" lebih mengkhususkan kepada "perempuan" (budak perempuan). Anak2 lelaki nie payah sikit nak ada pilihannya. Kat Toys 'R' Us tu beg utk budak lelaki tak sesuai saiznya dgn anak aku, tpi kalau beg Barbie tu ade ler. takkan ler aku nak belikan beg Barbi ke anak jantan aku kan. Pening kepala gak mencari, last2 belikan toy saje ;ah.. Kereta, utk si adik dengan si abang sekali..

18 July 2010, Putrajaya Inter-Park Ride.

quick short / fast "EASY" ride at Putrajaya.

Monday, June 21, 2010

20 june 2010 - Sunday Ride with Isma

Route Sunday Ride (20 June 2010) with Isma.. Start on SOlo from home, via Persiaran Tun Teja heading to Jln BT 4, then straight to Kesas highway via Jalan Kebun. Cycling along Kesas highway motorway until met with Isma on flyover Puchong / Shah Alam. Turn back to Federal highway (klang bound) via Pers Kuala Selangor and Pers Tengku Ampuan Rahimah with a quick stop refill at Petronas Section 19. Head back to Alam Impian via LKSA.

Distance: 30.2 km
Duration: 1 h 38 min 24 sec
Max Speed: 43.8 km/h
Avg Speed: 18.4 km/h
Avg Oace: 3 min 15 sec per km.




Sunday, June 13, 2010

Sunday Solo

One clear Sunday morning, solo ride with my Ipod from AI to KESAS highway and back, close to 30 km, non-stop, except for quick tyre air checked and refresher.. Not too busy road as it's Sunday morning, and State played early morning @ 2 am in FIFA World Cup so all the Fan still sleeping.

Monday, May 24, 2010

22 May 2010 - Kayuhan FRIM..

Dalam suasana sejuk pagi, kayuhan ke FRIM dari PKKN dimulakan.. tak disangka,, sejuk mengundang hujan tika tiba dipuncak Helipad.. waa.. bergegas turun mencari pondok berteduh dalam sekelip mata tiba ke bawah.. tak cukup tanah dibuatnya,,,

Ride kali nie, agak singkat jalannya.. PKKN-Steroid-Helipad-FRIM dan balik terus ke PKKN tanpa melalui Dream trail.. Bukt putus juga tak ditempuhi sebab jalan lecah / basah tak hingat punya...


Sunday, May 16, 2010

Genius Aulad - World Children's Day

16 May 2010, sempena Hari Kanak Kanak Sedunia, Kimi naik pentas menyertai persembahan group Pusat Genius Aulad, Seksyen 23, Shah Alam. Seronok tengok keseronokan dia bersama rakan2 kecil dia yang lain. Being the youngest "borther" tidak menghalang dia bergaul dan bermain bersama kanak2 lain yg lebih besar dari dia.






Posted by Picasa

Friday, May 7, 2010

Kantoi... Zee Avi..

Love this song,,, all version from her can be look at You tube, Kxkxkx,,

Thursday, May 6, 2010

4 Mei 2010 - Kayuhan Alam Impian

Selasa petang, selepas hujan lebat, berbasikal bersama Syahnaz dan Isma..

Sunday, May 2, 2010

Self Home Quarantine

Semalam lepas balik dari ofis (??? gitulah ekkkk) kepala pening semacam + badan panas sejuk (seram sejuk), tapi gagahkan jugak ke Sujana Utama rumah ipar aku yang menyambut hari lahir anaknya..

Malam lepas balik dari Saujana Utama, lepas mandi dan solat maghrib, aku tidur kejap sementara menunggu awinsediakan makan malam. Tapi tak larat nak bangun aku terus tidur. Sedar-sedar dah pukul 10.00 malam itupun sebab badan terasa panas sangat. Aku turn bawah, cari Panadol sekali lagi. Dek tak tahan pening, aku terus ke DEMC untuk mendapatkan rawatan.

Sampai DEMC aku menunggu dari masa mula daftar (11.00 pm) sampailah ke 12.30am bila nombor aku dipanggil. Masa memula sampai aku nombor giliran ada 7 orang je sebelum aku, tapi dek disebabkan tengah malam, doktornya ada sorang sahaja, dan pulak ada 2 kes kecemasan, jadi diorang utamakan kecemasan dulu.. lepas dicheck doktor, amik darah, makan panadol lagi, buat nebulizer, X-ray... dktor mengesahkan aku ada Jangkitan H1N1.. aduh..

sebeban ubat diberi ker aku.. dan aku kena follow-up pagi Isnin esok utk diperiksa situasi aku,,

Jadi hari nie, pagi Ahad, berkurunglah aku dalam bilik tidur seorang diri....

Thursday, April 22, 2010

Kayuhan Malam 21 Apr 2010

Haa nie dia laluan malam tadi bersama dengan Syahnaz...

Wednesday, April 21, 2010

Nak gi Taska

Tengah malam tadi Bibik sampai dari Medan selepas beberapa hari stranded dikampungnya. Pagi tadi bangun dari tidur, selepas dimandinkan Bibiknya, KImi “nak gi Taska”, ha ha ha,,, seronoklah tu duduk Taska ramai kawan nak melayan. Jenuh nak explain dia tak payah pergi Taska sebab temankan bibik kat rumah.. Dengan muka keliru, dia merenung jer… he he, sorrylah Kimi yer,, Ayi sedang sedap tidur lena dalam bilik kat atas, malam tadi ntah berapa kali tah dia bangun merengek nak susu..


Posted via email:
Mas Adi Ismail @ 21 April 2010

Tuesday, April 20, 2010

Unplanned Monday Night

Last night was unplanned, lepas settle memandikan Kimi, layan dia dengan adik Ayi makan, rehat sambil tengok TV sebelum Kimi ajak naik tidur  dalam 9.10 malam.. That’s was early, itupun sebaik adiknya dibawa naik tidur oleh Awin. So lepas ajak dia kemas barang mainan dial ala kadar, aku pun bawa dia naik tidur kat bilik dia. Sekarang Kimi dah tak nak tidur berhimpit himpit dengan Ayi dah, gamaknya penat asyik kena lanyak dengan Ayi yang buas tidur. Tak sampai setengah jam, Kimi terus tertidur lepas meneguj sebotol susu. Selalunya dia sibuk naik main dulu.

 

Teringat Syahnaz yg kini berkayuh waktu malam, aku message dia. Dia memang ”ON” kayuh malam nie, aku pun dah gian lama tak berkayuh terus menyiapkan diri untuk berkayuh, tapi sebelum tu check Ayi dgn Awin dulu. Message ke Razi, Isma, dengan Fuad. Yang dapat jpint Fuad sorang sahaja. Isma lak duty malam habis 11.30pm, dia try nak ikut gak, kalau kitorang tak habis berkayuh lagi.. so lepas ready semuanya (tambah angina, pasang lampu and such) aku 10.50pm start berkayuh Joint Syahnaz dengan Fuad. Complete 20.55 km malam tadi, AI-Dataran-Masjid Negeri-Uitm (HotCat)-Seksyen 16-Seksyen 18-AI.. total cycling time 1.30 hours… not bad ,.. walaupun dah lama tak kayuh.,, paling best, bukit HotCat Uitm tu kali nie sekali henjut sampai ke puncak tanpa henti… kalau sebelum ni semput nak sampai ke atas,,

 

Isma joint kami masa berehat minum kat Seksyen 18 (11.30 pm) pukul 12.00 am. Start berkayuh balik ke AI. Next time boleh buat lagi… kadang nie unplanned gak yang menjadi…

 

 

Posted via e-mail;

Mas Adi Ismail @ 20 April 2010

 

 




Edited with map



Link: MapMyRide.com | View IMapMyRide : 2010 Apr 20 00:37 in Shah Alam,

Posted using ShareThis

Tuesday, April 6, 2010

Silau mata

Sehari dua nie, terang sungguh mentari pagi.  Silau mata den dibuatnya memandu kereta dari Shah Alam ke KL.  Kereta lain pun semua pelan jer.. nak laju takut tak nampak kereta depan brek mengejut lak.. Tapi tulah, dalam keadaan macam tu, ada gak yg tak berfikiran waras, masih nak “tergopoh-gapah” bawa kereta, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri,,, dah semua orang pun bawa kereta perlahan, awak ikut jer lah ye tak??

 

Hari nie  hari ke-2 bibik takde kat rumah, cuti balik kampung.  Kimi semalam ok, lagi tak buat perangai, Ayi oun ok, except dengan perangai manja dia nak berdukung sepanjang masa..  Semalam, nak bagi bebudak tu tidur cepat, penat, melayan diorg main kiub / blok. Ha ha ha.. Kimi bengan tak puas hati, tak dapat buat macam dalam display, well aku sebenarnya pu tak tahu apa yang dia nak buat, tetiba jer terus pack semua sekali simpan dalam kotak balik.. main benda lain pulak.. ha ha ha, bengang lah tu.. takpe, malam karang kit cuaba lagi yer Kimi.,.

 

 

 

Friday, March 26, 2010

Nasi Lemak Kopi O: 26 Mac 10 Kayuhan Malam Bersama PujMAC#ancPlayer#ancPlayer#ancPlayer

Nasi Lemak Kopi O: 26 Mac 10#ancPlayer#ancPlayer#ancPlayer



Laluan kayuhan bersama PujMAC dari Arena Apartment, Bukit Jalil - KLCC - Dataran Merdeka - Arena Apartment (missing record). Trail recorded by Nokia Sports Tracker Beta.


1. Ride Puncak Jalil - KLCC


2. Ride KLCC - Dataran Merdeka

Friday, March 19, 2010

the most anticipated movie by my wife and her friends..

Twilight - Eclipse
Twilight - Breaking Dawn

See the trailers.. collection from YouTube.




Twilight, Eclipse - Official release Trailer Teaser







Trailer 1







Breakung Dawn (FAN MADE, Trailer 4)


ha ha ha... the very so much need to banned version of Twilight New Moon....



ha ha ha,,, gelak guling guling aku tengok trailer nie....

Iklan Alam Impian

Thursday, March 18, 2010

Wednesday, March 10, 2010

Bengang - Pemandu Malaysia dengan "Hon" nya.

Bengang..  siri 1.. kenapa aku bengang,, mana taknya… sikap semua pemandu kat Malaysia nie, (termasuk aku ler tuh), walau dah ditegur berkali kali , tak pernahnya nak berubah. Tak kiralah untuk kesalahan apapun, yang pastinya semuanya dah pernah ditegur. Pagi tadi.. Aku lambat sikit keluar rumah ke ofis, biasalah kekadang terbabas lepas subuh..  so aku drive ler keter aku macam selalu,  pelan2 keluar dari rumah aku menuju ke jalan utama.  Sebaik sampai dekat roundabiut selepas perumahan Tinta, aku masuk ler dan tekan ler minyak pelan2, takkan nak rammed teruskan? Terbabas lak aku, sekali 1 kereta nie, dah sah sah dari arah Jalan Batu EMpat (klang), dengan selambanya hon aku kuat2, sebab dia tengah laju nak masuk ke roundabout tu jugak.. tak cukup dgntum dia kasi rammed lagi keter dia kat belakang aku sebaik kam masuk ke jalan utama LKSA, menyucuk nyucuk belakang aku.. aku tengok cermin belakang, perempuan, dgn “P” lagi terpampang.. hampeh,.. aku buat dek, layan, dia masuk kanan, aku masuk kanan, dia elak kiri aku elak kiri… main ler.. he he he, ajor dia sabor sikit, jalan nie kecik + bukan dia punya,.. dan sah sah esok bila Tol (LKSA) dah beroprasi tinggal aku dgn penghuni Alam Impian nie jerlah yang bakal menggunakan jalan nie.. yg lain tu buat masa sekarang nie Cuma mengambil kesempatan sahaja… BUat pembaca yg berasal dari Klang, dan melalui (pinjam laluan) Persiaran Tun Teka didalam Taman Alam Impian menuju ke Shah Alam, hormati lah sikit orang lain (penghuni Alam Impian) yang menggunakan jalan tu. Bukan payah benar nak kenal, mana mana kereta yang keluar atau masuk kesimpang kiri (dari Tol LKSA) dekat roundabout tuh, sah sah penghuni Taman Alam Impian..  Jalan pintas tu dibina untuk dikongsi bersama dengan kami yang baru masuk ke kawasan klang nie, bukan untuk korang sorang jer pakai…

Monday, March 1, 2010

Kayuhan Bukit Kemandol, 28 Februari 2010


Update aktiviti kayuhan semalam… aku joint geng KayuhBeb ke Bukit Kemandol, trek asal latihan diorang dalam dunia basikal lasak nie… Tag line, easy ride, sesuai untuk beginner… memang pun, tak banyak sangat bukit2 yg tinggi perku didaki, dan tak banyak sangat downhill yang bisa menggugat jiwa orang2 baru belajar naik beskal,,, lepas tu layan pulak melawat ladang ladang, macam budak sekolah ikut aktiviti lawatan.. he he he.. masuk kebun teh, ladang Jambu Batu (nyamm.. nyamm.. nyaman…).. ladang belimbing,, Ladang sawit (tak yah cerita lah,,) dan juga ladang Gurun tanah merah,, ha ha ha,,, tang nie lah ang melemahkan beginner,, pulak yang tak reti nak bawa air sendiri kan… kih kih kih, memang mencabar betul tang gurun nie.. Apa2pun ride semalam yang pendek memang syok.. bila bila boleh ikut diorang gi layan sana. Tapi next time bawak dapur sekali,, boleh masak teh segar sambil layan buah jambu,, ha ha ha..

Yang tak best balik ke kereta, ada geng yg kena pecah cermin kereta dia.. sedih betul,, penat + bengang jer,,,



Haa nie dia pemandangan intro trek Bkt. Kemandol..





Haa nie ler dia rider2 yang sama sama memeriahkan ride hari tu.. AKu nak sebut semua satu persatu pun aku tak berapa ingat + kenal lagi.. almaklum, aku pun baru berjinak jinak dalam dunia MTB nie...










Air.. air.. air.. kami nak air...























Wednesday, February 17, 2010

Tuesday, February 16, 2010

Taman Cabaran

Pagi tadi selepas menimbang berkilo kilo akhirnya aku pilih ke PCP, ikut Rizal & Razi, tak ada geng nak ke FRIM @ kayuh ke bandar Shah Alam.

7.00 pg aku dah ready tunggu diorg kat pondok guard, janji 7.30pg, tunggu awal sikit, elak Kimi bangun dari tidur + hirup udara segar awal pagi.

7.45 pg bertolak dari AI ke PCP, selepas Nash (kawan Rizal dari Denai Alam) sampai. Razi lead jalan tak ingat punya kawan2 yg bawa keter mini kat belakang dgn beskal masing2 tergantung kat belakang. Dia beskak buka bawa kat dalam kereta. Sampai aku kena roger dia minta pelan sikit.

8.30pg sampai PCP, mentaripun dah mula terik. Dgn tangkas semua pasang gear nak memulakan cabaran PCP ni. Razi dgn Rizal dah pernah datang lead didepan, dibantai mendaki bukit (ke gunung himalaya ni?) pertama, belumpun sampai CP1, aku dgn Nash dah semput, x larat nak kayuh. Brutal betul bukit ni. Lepas rest ala kadar, sambung mendaki lagi! Memang gila aku hari ni. Dah sampai kepuncak baru jumpa downhill track. Itupun masa nak turun tangan auto cengkam brek tak nak lepas sambik kepala pikiaq, biar betul route ni, curam betul nak turun. Aku turun jugakla, takkan nak duduk atas ni sesorang, nak patah balik lagi bahaya, jalan tar!

Downhill 1st route ni pendek je dan lagi banyak mendaki. Lepas tamat route 1st, kami rest 1/2 jam layan semput. CP2 ke-2 ni masih diatas bukit, jadi kalau nak balikpun kena redah layan downhill dulu. Dari sini ada 2 pilihan route, 15Merah & 16Hitam. Ikut brutality, Hitam lagi kejam (ada 4 kaler, Hijau, Biru, Merah, Hitam). Dah Hijau / Biru takde, amiklah Merah. Woossh... Mencanak lari beskal aku turun, disc brek aku kalu boleh keluar api sure dah berapi. Ada 1km la jugak layan downhill route 15Merah ni. Siap cornering dgn up/down bukit kecil. Seronok sangat route ni kitorg layan 2 kali, kali ke-2 panjat ikut longkang.

Selesai 2nd round, badan pun dah penat, kitorg kayuh balik ke parking. Jam baru pukul 11pg? Tp cukup penat layan 2 trek je. Lain kali boleh datang lagi.

Gaban, 16Feb10,
P/s: Hari ni birthday Wife aku la, Happy Birthday Sayang.



Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket


Maklumat lengkap laluan kayuhan di PCC.

Saturday, February 13, 2010

Melaka

Pagi ni seawal sesudah subuh bersiap utk ke Bandar Hilir, Melaka, short break cum trip dgn colleagues x-company. Esok ke Ayer Keroh pulak kenduri si Chebok yg ke-2, yup, isteri ke-2 yg pertama. No 1 dah berpisah lama dah. Selamat pengantin Chebok, moga kekal berbahagia ke akhir zaman kali ni.

Friday, February 12, 2010

Blogging today.

Hari nie jalan ¼ sepi, sebab ramai dah mula bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.. Selalu lepas Toll Bt 3, Subang/Shah Alam @ 7.00 am dah start merangkak, hari nie, clear sampai dah lepas junction Airport baru start merangkak.. kan ker bagus kalau hari hari macam nie.. Bila la gamaknay public transport kita (terutamanya di Lembah Klang) nak sempurna (?).. kan ker bagus kalau semua perkhidmatan Train / bas awam tu di buat 24 jam, dan reliable, jadi boleh lah warga lembah klang tinggal terus kereta kat rumah, sebab for sure, walau terkena balik lambat hari tu, mesti ada public transport untuk bawa diorg kerumah,, nak naik teksi mahal babas travel dari KL (KLCC) ke Subang (Subang Bestari), aku kena RM50 (ikut meter baru RM30), sebab teksi nak balik ke KL kosong lepas tengah malam.. ikut hati aku bagi RM30 jer, tp sebab boleh claim company + dah mengantuk dan ingat nak tidur aku bayor jerlah…

 

Lagi kalau semau public transport tu mengizinkan “basikal mudah alih / lipat” dibawa masuk oleh komuter.. Kerajaan kita seharusnya mengarahakan / kalau tidak mengarahkan, meminta pengusaha pengangkutan awam nie, membenarkan komuter membawa naik “basikal lipat / mudah alih” ke dalam Train / bas, sebagai usaha mengalakkan kehidupan sihat (berkayuh ketempat kerja) dan mengurangkan jumlah kereta masuk ke Bandaraya,, dan semestinya,, mengurangkan DUTI IMPORT ke atas Basikal sedemikian, jadi orang awam boleh mula membeli dan menggunakannya..

 

Bengang!!!... dengan sikap pemandu Malaysia yg tak reti / buat tak reti / tak fahan dengan peratran jalanraya.. Signal kereta,, rata rata 50% tak menggunakanya bila menukar lorong (terutama ketika sesak, main himpit jer) atau masuk ke simpang.. dah dekat sangat baru nak bagi signal , baik takyah lah woiii… ada kaa.. lagi di Roundabout.. terutamanya roundabout besar 2 – 3 lorong… masuklah ke lorong yang betul sebelum keluar kesimpang yang dikehendaki, bukannya dekat simpang tu baru nak keluar dari lorong Kanan (lorong dalam) ke lorong kiri (luar) dan terus masuk kesimpang,, taker menyusahkan orang lain.. sebaiknya, keluarlah ke lorong luar (kiri) 1 @ 2 simpang sebelumnya.. kan ke senang sikit…

 

Bengang!! (bengang sahaja pagi nie, sempena topik Hot FM), dengan kes buang anak sesuka hati.. Moh kita sepakat sokong kerajaan sedia ada (tak kiralah PAS, DAP, KeADILan, UMNO, MCA, MIC, GERAKAN ker) tubuh BANK DNA,, jadi bila dah ada BANK DNA, senang POLIS nak carik MAK & BAPAK yang buang anak nie terus Penjarakan, tak payah bicara buant perabih duit rakyat.. sebab dah terang2 DNA sama.. dahtangkap, paparkan kat dlm surat khabar, board 7-Eleven, bus stop, etc, muka diorg nie, sebagai pengajaran kepada yg muda remaja hangat bercinta… toksahlah nak main UJI KESETIAAN dan UJI CINTA sampai terlajak dan tak reti nak bertanggungjawab…

 

Humm.. tu lah .. sat lagi nak pi solat Jumaat, pasti ada ceramah pasal kes buang anak nie…

 

Thursday, February 11, 2010

Re-activation / pengaktifan (aktif ker??)

Lama aku tak berblog, paling akhir ntah abad ke berapa ntah.,., he he... macam dah berzaman lak umur aku.. Azam tahun baru (tahun baru Cina nie), nutuk klebih kerap mengemaskinikan blog nie.. Blog lama yg tak pernah dikemaskinkan tu pun akan dipindahkan kesini.. orait malam nie akan start,,. provided clon2 aku (Adi Hakimi & Adi Azwari) tak menyumbangkan jari jari halusnya untuk mengemaskinikan blog nie.. amin...