Sunday, December 26, 2010

26 Dec 2010 - Kayuhan Jamboree (JAMBUFREE) Bukit KEmandul, Jalan Kebun bersama KaYuHbEb

Posting terlewat…

Perghh… memanglah, kalo kayuhan santai, ramei jer yg joint,, ada dekat 80 orang peserta kayuhan hari nie. Seawal 7.30 pagi aku dah sampai ke belekang sekolah kat Jalan bukit KEmandul tu, sebelum aku dimaklumkan tempat berkumpul sebenar di Kolam Ikan Rombak…

Ntah pukul berapa aku tak ingat kayuhan dimulakan selepas short briefing dari komandan kayuhan K’Rule… Kayuhan diketuai Man Sawit penunjuk arah didalam kawasan tanah gondol dan semak samun bukit Kemandul, melalui ladang Sawit.. buah2-an dan kebun the BOH!!! Haaaa bukan Cameron Highland, tapi KLANG LOWLAND punya ladang.. kat sini tayar depan beskal aku pancit ditusuk duri pelepah Sawit.. adussss…. Tiub spare dah pakai semalam… hari ni tak sempat nak pi kedai cari.. Mujur Bro Rosni ada extra dan Bro Wahid ada pump.. sempatlah berehat kejap sambil aku menggantikan tiub beskal,. Lepas nie kena prepare lebih sikit kalau nak redah lading sawit,, sepanjang kayuhan hari nie banyak betul incident yang memang dijangkakan berlaku.. tak silap kiraan ada 4 beskal pancit + 1 kes PANCIT.. mahu taknya.. laluan tanah merah gondol dengan batu kerikil betul betul mencabar keringat peluh dan otot2 betis… Tapi kali ni aku dah prepare dengan AL-UNTA beg utk bekalan air.. kalau harap botol kecik aku dulu tu, memang setengah jalan aku dah patah balik…

Selepas berkayuh sejauh 25 KM sahaja (lebih kurang 2 1/2 jam) ladang jambu, sasaran destinasi utama kelihatan.. dan semua pengayuh tegar teruja menerjah masuk ke Ladang Jambu mencari buah yg enak dimakan tatkala kelaparan, kedahagaan dan keletihan.. Next time towkey ladang jambu boleh buka 1 stall standby jual air jambu lak... selepas selesai melahap selera, kayuhan ditamatkan dengan berkayuh kembali ke kolam ikan Rombak… balik cepat lah pulak sampainya....

No comments:

Post a Comment