Thursday, December 30, 2010

Yeaaa.. kalah tapi menang...

Kita kalah semalam (Nyaris 3-1) , tapi menang aggregate, Syabas Harimau Malaya (?)..

 

Pagi nie, Hakimi terjaga awal, seronok bersorak tengok bola semalam kut, terus merengek nak ikut aku ke Taska naik Kancil.. dah jadi 1 hal pulak nak kena kejut kan adik dia sekali, takkan nak tinggalkan pulak.. last2 keluar rumah hantar bebudak ke Taska dah dekat 7.30. Dah tak sempat dah nak mengelak kesesakan kat FH dgn dlm KL nanti.. redah sahaja..

 

Sampai kat ofis pukul 9.00 satu hal pulak.. aku boleh tertinggal kunci kereta kat DALAM KERETA!!! OMG… macam mana lah pulak aku nak balik petang nie.. kenalah naik LRT dengan KOMUTER yang dah lama aku tak jejak… terpaksalah bersesak sikit petang nie nampak gayanya, dan kenalah aku masuk balik KL esok dengan kunci spare bawa balik kancil tu…. Waaaaa esok cuti, tak mau masuk KL…….

 

 

Sunday, December 26, 2010

26 Dec 2010 - Kayuhan Jamboree (JAMBUFREE) Bukit KEmandul, Jalan Kebun bersama KaYuHbEb

Posting terlewat…

Perghh… memanglah, kalo kayuhan santai, ramei jer yg joint,, ada dekat 80 orang peserta kayuhan hari nie. Seawal 7.30 pagi aku dah sampai ke belekang sekolah kat Jalan bukit KEmandul tu, sebelum aku dimaklumkan tempat berkumpul sebenar di Kolam Ikan Rombak…

Ntah pukul berapa aku tak ingat kayuhan dimulakan selepas short briefing dari komandan kayuhan K’Rule… Kayuhan diketuai Man Sawit penunjuk arah didalam kawasan tanah gondol dan semak samun bukit Kemandul, melalui ladang Sawit.. buah2-an dan kebun the BOH!!! Haaaa bukan Cameron Highland, tapi KLANG LOWLAND punya ladang.. kat sini tayar depan beskal aku pancit ditusuk duri pelepah Sawit.. adussss…. Tiub spare dah pakai semalam… hari ni tak sempat nak pi kedai cari.. Mujur Bro Rosni ada extra dan Bro Wahid ada pump.. sempatlah berehat kejap sambil aku menggantikan tiub beskal,. Lepas nie kena prepare lebih sikit kalau nak redah lading sawit,, sepanjang kayuhan hari nie banyak betul incident yang memang dijangkakan berlaku.. tak silap kiraan ada 4 beskal pancit + 1 kes PANCIT.. mahu taknya.. laluan tanah merah gondol dengan batu kerikil betul betul mencabar keringat peluh dan otot2 betis… Tapi kali ni aku dah prepare dengan AL-UNTA beg utk bekalan air.. kalau harap botol kecik aku dulu tu, memang setengah jalan aku dah patah balik…

Selepas berkayuh sejauh 25 KM sahaja (lebih kurang 2 1/2 jam) ladang jambu, sasaran destinasi utama kelihatan.. dan semua pengayuh tegar teruja menerjah masuk ke Ladang Jambu mencari buah yg enak dimakan tatkala kelaparan, kedahagaan dan keletihan.. Next time towkey ladang jambu boleh buka 1 stall standby jual air jambu lak... selepas selesai melahap selera, kayuhan ditamatkan dengan berkayuh kembali ke kolam ikan Rombak… balik cepat lah pulak sampainya....

Friday, December 10, 2010

Awal Muharram ride..

Di awal pagi muharram, dalam keadaan batuk2 yg belum reda.. aku kayuh balik beskal yg dah lama tersadai..bertemankan si Syahnaz,  disebabkan angin tayar beskal dah kurang, dan carik pam tak jumpa aku kayuh jugaklah pela2 sampai ke Stesen Petronas Kesas (Arah Timur) sebelum mengambil angin sikit...Asalnya plan nak ke PCP, tapi tak cukup korum, jadi roadie jer lah.. Kali nie route ditukar sikit, masuk ke SUbang, melalui Persiaran Kewajipan, sebelum turuk ke Glenmarie, dan balik melalui D'Kayangan Shah Alam... Sebab dah semput, kaki pun dah cramp, tak sempat lah nak daki pers Dato' Menteri... minyak cramp pun ntah kemana ntah perginya, time emergency macam nie boleh pulak takde dalam beg..

Total ride: 35km. (jadilah)...