Monday, May 24, 2010

22 May 2010 - Kayuhan FRIM..

Dalam suasana sejuk pagi, kayuhan ke FRIM dari PKKN dimulakan.. tak disangka,, sejuk mengundang hujan tika tiba dipuncak Helipad.. waa.. bergegas turun mencari pondok berteduh dalam sekelip mata tiba ke bawah.. tak cukup tanah dibuatnya,,,

Ride kali nie, agak singkat jalannya.. PKKN-Steroid-Helipad-FRIM dan balik terus ke PKKN tanpa melalui Dream trail.. Bukt putus juga tak ditempuhi sebab jalan lecah / basah tak hingat punya...


Sunday, May 16, 2010

Genius Aulad - World Children's Day

16 May 2010, sempena Hari Kanak Kanak Sedunia, Kimi naik pentas menyertai persembahan group Pusat Genius Aulad, Seksyen 23, Shah Alam. Seronok tengok keseronokan dia bersama rakan2 kecil dia yang lain. Being the youngest "borther" tidak menghalang dia bergaul dan bermain bersama kanak2 lain yg lebih besar dari dia.






Posted by Picasa

Friday, May 7, 2010

Kantoi... Zee Avi..

Love this song,,, all version from her can be look at You tube, Kxkxkx,,

Thursday, May 6, 2010

4 Mei 2010 - Kayuhan Alam Impian

Selasa petang, selepas hujan lebat, berbasikal bersama Syahnaz dan Isma..

Sunday, May 2, 2010

Self Home Quarantine

Semalam lepas balik dari ofis (??? gitulah ekkkk) kepala pening semacam + badan panas sejuk (seram sejuk), tapi gagahkan jugak ke Sujana Utama rumah ipar aku yang menyambut hari lahir anaknya..

Malam lepas balik dari Saujana Utama, lepas mandi dan solat maghrib, aku tidur kejap sementara menunggu awinsediakan makan malam. Tapi tak larat nak bangun aku terus tidur. Sedar-sedar dah pukul 10.00 malam itupun sebab badan terasa panas sangat. Aku turn bawah, cari Panadol sekali lagi. Dek tak tahan pening, aku terus ke DEMC untuk mendapatkan rawatan.

Sampai DEMC aku menunggu dari masa mula daftar (11.00 pm) sampailah ke 12.30am bila nombor aku dipanggil. Masa memula sampai aku nombor giliran ada 7 orang je sebelum aku, tapi dek disebabkan tengah malam, doktornya ada sorang sahaja, dan pulak ada 2 kes kecemasan, jadi diorang utamakan kecemasan dulu.. lepas dicheck doktor, amik darah, makan panadol lagi, buat nebulizer, X-ray... dktor mengesahkan aku ada Jangkitan H1N1.. aduh..

sebeban ubat diberi ker aku.. dan aku kena follow-up pagi Isnin esok utk diperiksa situasi aku,,

Jadi hari nie, pagi Ahad, berkurunglah aku dalam bilik tidur seorang diri....