Sunday, May 2, 2010

Self Home Quarantine

Semalam lepas balik dari ofis (??? gitulah ekkkk) kepala pening semacam + badan panas sejuk (seram sejuk), tapi gagahkan jugak ke Sujana Utama rumah ipar aku yang menyambut hari lahir anaknya..

Malam lepas balik dari Saujana Utama, lepas mandi dan solat maghrib, aku tidur kejap sementara menunggu awinsediakan makan malam. Tapi tak larat nak bangun aku terus tidur. Sedar-sedar dah pukul 10.00 malam itupun sebab badan terasa panas sangat. Aku turn bawah, cari Panadol sekali lagi. Dek tak tahan pening, aku terus ke DEMC untuk mendapatkan rawatan.

Sampai DEMC aku menunggu dari masa mula daftar (11.00 pm) sampailah ke 12.30am bila nombor aku dipanggil. Masa memula sampai aku nombor giliran ada 7 orang je sebelum aku, tapi dek disebabkan tengah malam, doktornya ada sorang sahaja, dan pulak ada 2 kes kecemasan, jadi diorang utamakan kecemasan dulu.. lepas dicheck doktor, amik darah, makan panadol lagi, buat nebulizer, X-ray... dktor mengesahkan aku ada Jangkitan H1N1.. aduh..

sebeban ubat diberi ker aku.. dan aku kena follow-up pagi Isnin esok utk diperiksa situasi aku,,

Jadi hari nie, pagi Ahad, berkurunglah aku dalam bilik tidur seorang diri....

No comments:

Post a Comment