Monday, February 14, 2011

Semasa: JPJ Tidak Bercadang Benarkan Penggunaan Basikal Elektrik Di Atas Jalan Raya

12 Februari 2011 , Baru nie, semua akhbar di Malaysia ada menyiaran artikel berkenaan cadangan JPJ melarang penggunaan basikal elektrik diatas jalan-jalan raya di Malaysia. Antara faktor yang membawa kepada larangan tersebut ialah isu keselamatan pengguna jalan raya (penunggang basikal vs, pemandu kereta, penunggang motosikal) kerana kelajuan Basikal elektrik (dan semestinya isu yang sama untuk basikal biasa / tanpa kuasa elektrik) yang perlahan dikatakan boleh mengganggu kenderaan lain diatas jalan raya. Disamping itu masalah infrasturuktur (Laluan khas penunggang basikal / motosikal) yang sangat kurang dinegara kita.

 

Ini lah masalah kita. Yang terkurang tu, dikekalkan kekurangannya, bukan nak ditambah. Lihat sahaja Taman2 perumahan yang baru dinaikkan disekitar Kuala Lumpur. Berapa banyak yang ada kemudahan untuk penunggang basikal. Persepsi minda kita, Basikal khas untuk Aktiviti Lasak dan berlumba dan perlu dilakukan di kawasan yang dihadkan.. Sedangkan dinegara lain yang telah lama membangun, laluan untuk pejalan kaki dan berbasikal telah lama diwujudkan sebagai GALAKAN untuk MENGURANGKAN penggunaan kenderaan bermotor (Kereta dan motor) kepada penduduknya. Dan lagi dengan teknologi Hybrid yang dibangunkan untuk Kereta, dengan tujuan mengurangkan kesan pencemaran dan bergantung pada sumber tenaga minyak, seharusnya penggunaan basikal eletrik merupakan salah satu pilhan / cara / sumbangan untuk mengurangkan pencemaran alam yang paling mudah. Banyak lagi kebaikan yang boleh diperolehi dengan menunggang basikal.

 

Jika pihak berkuasa / kerajaan, khususnya JPJ, menggalakkan dan memberikan HAK yang SAMA kepada penunggang basikal untuk menggunakan jalan-jalan raya di Malaysia dengan syarat keselamatan yang dipatuhi (helmet + “reflector” + lampu) oleh penunggang basikal, rasanya takde masalah kut untuk kita semua hidup dengan harmoni antara penunggang basikal, motosikal, pemandu kereta, lori dan bas. Asalkan penunggang basikal menunggang dilorong motosikal (dijalan-jalan yang menyediakannnya) dan dilorong paling kiri, (tidak menghalang kenderaan lain)..

 

Apa pandangan korang semua?

 

 

Artikel surat khabar:

  1. http://www.sinarharian.com.my/bterkini/9615.asp
  2. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm
  3. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/2/11/mstar_berita/20110211174518&sec=mstar_berita
  4. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=563109

 

 

via email.

 

 

No comments:

Post a Comment