Sunday, January 30, 2011

30 Jan 2011 - Kayuhan di Alam Budiman (bersama kayuhbeb)

Pagi pagi lagi dalam kedinginan cuaca sejuk dek hujan semalaman, aku dah kerah badan ke Alam Budiman, unutk joint geng KayuhBeb. Aku pun dah lama dah tak berkayuh, entah larat entah tidak nak berkayuh hari nie..



Result keseluruhan kayuhan sejauh 22 KM dengan pelbagai “kejatuhan” yang aku lalui hari..

Kayuhan bermula seawall jam 8.15 pagi, kalau tak silap pandang jam aku la.. itupun desebabkan cuaca mendung yang dah mula berarak ke arah Alam Budiman..  Dari point permulaan, kayuhan diatas Jalan Batu Arang menuju ke simpang Jalan Paip. Dari sini kami masuk ke jalan kecil menuju ke Tangki Puncak Alam sebelum masuk ke trail hutan dengan pendakian sepenuh tenaga didalam hujan renyai yang sudah mula turun.. Trail nie melalui tapak “KABOOM” kes siasatan yang masih berjalan.. Di sini juga salah seorang bikers terpaksa berpatah hati kerana “hanger” bike sudah patah dan langsung berpatah balik dengan single speed menuju ke point permulaan.

 Apa sajalah yg sedang dicari kat sini..




Dah jumpa ke belum??




 Nampak rendah yerr.. cubalah sekali nanti.. 


Selepas mendapat kata putus rder yang kepatahan hati tadi sudah berpatah balik.. kayuhan diteruskan untuk menuruni bukit ke CP2… tang nie laa yg aku terbabas masuk semak, sebab nak mengelak tersangkut kat pagar.. ada gak org berkebun dalam hutan nie… hisshhh…

Selepas puas makan angin menuruni bukit dan berkayuh dicelah celah semak samun, kami sampai kembali ke Jalan Batu Arang. Dari sini kayuhan diteruskan lagi diatas Jalan Batu Arang menuju ke Bukit Ramli. Jalan menuju ke bukit Ramli pun merupakan jalan mendaki yg penuh dengan cabaran tanah licin - tanah merah yg basah dek hujan berterusan. SIni sekali lagi aku terbabas BAEK punya.. masuk ke lopak jalan tanah merah… sebab tak nampak lubang.. (LAIN KALI KAYUH BESKAL JANGAN SESUKA REDAH LOAK AIR, HA HA HA HA).. Aduh sakit betul.. termenung kejap aku lepas tu… Namun kayuhan perlu juga diteruskan sehingga ke point penamat. Tapi sebelum tu, perut yang kosong perlu dijamu.

Selepas menuruni Bukit Ramli, kayuhan diteruskan ke Jalan Paip menuju ke kedai Lontong dan Mee Jawa didepan Surau Darul Aman. Memang sedap membelasah lontong selepas penat berkayuh,, bertambah balik lemak2 yang dah terbakar tadi,..

Inilah rupanya warung Lontong dan Mee Jawa yg famous di Jalan Paip tu. Jangan terkejut dah ada org tag dalam "foursquare".


Syukur Alhamdulillah aku sempat sampai,, kalau tak menjamu mata saje laa..


  
Cif-cif tengah berbincang untuk tunngu sikit masa lagi (biar hujan lagi lebat) atau nak teruskan perjalanan sekarang..

Selesai menjamu selera, dalam keadaan hujan yang masih berterusan, kayuhan diteruskan untuk pulang kembali ke point permulaan tadi melalui Jalan Paip dan Kampung Budiman.. Disini ada juga rider2 yng berpecah haluan untuk melayan bukit Botak pulak… Aku,, tak tahan sejuk opt utk balik ke pangkal jalan..


Kayuhan tamat pada pukul 12.30tgh dalam cuaca sejuk bukit disertai hujan yang masih belum berhenti…



No comments:

Post a Comment