Thursday, December 1, 2011

a week with dengue.

Seminggu sudah berlalu sejak aku dimasukan ke hospital sebab denggi berdarah. Seminggu sebelum tu isteri akupun masuk hospital disebabkan penyakit yang sama jugak, Denggi. Kawasan rumah aku sekarang telah diistiharkan kawasan denggi dengan 1 kes dilaporkan untuk setiap 10 rumah (10%), setakat nie yang diketahui sudah ada 17 kes yang dilaporkan dan dimasukkan ke wad.

 

So, how is it feel to have dengue? Well.. menyakitkan dan menakutkan (dalam kes aku la, denggi berdarah). 

 

Yang hanginnya pasal Denggi nie pulak, pihak PBT (dalam cerita nie MBSA laa) macam menyalahkan penduduk Alam Impiab @ Canting punca peningkatan kes Denggi. Walhal Alam Impian nie dah mula diduduki dari awal tahun 2009 dan sehingga penghujung 2010 (2 tahun) tak pernah ada kes denggi yang dilaporkan. Sehinggalah projek pembangunan perumahan yang baru dibelakang rumah aku dimulakan awal tahun nie (2011). Mula daripada tulah kes denggi mula dilaporkan.. Macam mana MBSA boleh  menyalahkan penduduk Alam Impian sebagai punca Denggi, siap dengan ambik gambar belakang rumah (setiap rumah yang dilaporkan ada kes denggi) menunjukkan tempat2 yang berpotensi sebagai tempat “ternakan” Aedes… ada kaaa nak menyalahkan mangsa pulak..

 

 

 

Regards

Mas Adi Ismail  ll

Via email @ 1st December 2011.

 

No comments:

Post a Comment